Zika: PM Saran Semua Pihak Ambil Langkah Berjaga-Jaga

Diterbitkan: Khamis, 1 September 2016 10:06 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menasihati semua pihak supaya mengambil langkah berjaga-jaga berikutan kes pertama virus Zika yang dilaporkan di negara pada Khamis.

"Buat masa ini, semua pihak disarankan mengambil langkah berjaga-jaga dan ikut nasihat Kementerian Kesihatan," katanya dalam catatan terbaru di Facebook dan Twitter beliau pada Khamis.

Beliau berkata, sekiranya sesiapa yang mengalami tanda-tanda Zika seperti sakit kepala, konjunktivitis, demam ringan, ruam kelesuan dan sakit sendi, segeralah ke klinik kesihatan atau hospital berhampiran untuk rawatan.

"Kerajaan sedang pantau status Zika di Malaysia," kata perdana menteri. 

Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan seorang wanita berusia 58 tahun yang menetap di Bandar Botanic, Klang, Selangor positif dijangkiti virus Zika, dan disyaki mendapat gejala itu semasa berkunjung ke Singapura. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Zika

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan