Zoo Taiping, Night Safari Perlu Sumbangan Makanan Haiwan

Diterbitkan: Rabu, 31 Ogos 2016 10:57 AM

(Ubah saiz teks)

TAIPING: Zoo Taiping  and  Night Safari memerlukan  sumbangan syarikat dan ahli korporat untuk menampung perbelanjaan makanan kepada haiwan di zoo berkenaan yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping, Datuk Abd Rahim Md Ariff berkata ini kerana kos makanan bagi haiwan di zoo itu mencatatkan lebih RM4 juta setahun.

Beliau berkata bagi mengurangkan beban, pihaknya telah memperkenalkan program anak angkat zoo berkenaan sejak 1994 dalam usaha mendapatkan penajaan untuk menampung kos perbelanjaan makanan haiwan.

Pihaknya telah menawarkan lima pakej kepada syarikat yang ingin menaja makanan haiwan iaitu pakej Platinum berjumlah RM50,000 ke atas; pakej Emas RM30,000 hingga RM49,000 ke atas; pakej Perak dengan RM10,000 hingga RM29,999 ke atas; pakej Gangsa dengan RM1,000 hingga RM9,999 ke atas dan pakej Ikhlas RM100 hingga RM999, katanya.

"Dengan menaja makanan haiwan di sini akan membantu usaha-usaha konservasi haiwan serta mengekal habitat demi kebaikan generasi akan datang," katanya pada sidang akhbar Program Anak Angkat Zoo Taiping  and  Night Safari di sini, Selasa malam.

Pada majlis itu, sebanyak tiga syarikat telah menyerahkan penajaan iaitu Spritzer Resources Sdn Bhd sebanyak RM10,000, Pharmaniaga (RM5,000) dan Sport Toto (RM2,000). 

Selain itu, Abd Rahim berkata zoo itu telah menawarkan produk yang bertaraf antarabangsa kerana memperkenalkan konsep zoo terbuka kepada pengunjung.

Tambah beliau, zoo itu telah menerima sebanyak 600,000 hingga 700,000 pengunjung pada tahun lalu.

Zoo Taiping telah ditubuhkan pada 1961 dengan keluasan 14.4 hektar. Kini mempunyai 1,300 ekor haiwan dari 140 spesis dari mamalia, burung, reptelia dan ikan. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: Zoo Taiping , Night Safari

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan