Bapa Adun DAP Dikesan Bagi Bantu Siasatan Kes Rasuah - SPRM

Diterbitkan: Rabu, 31 Ogos 2016 6:47 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN:Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan bapa kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Pulau Pinang untuk memberi kerjasama dalam siasatan terhadap urusan didakwa sebagai 'rasuah untuk rumah' bagi mendapatkan rumah mampu milik.

Pengarah SPRM Pulau Pinang Datuk Abd Aziz Aban berkata pihaknya sedang berusaha menjejaki Lim Kiat Seong, 68, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan tersebut.

"Kita cuba dapatkan beliau untuk memberi kerjasama hari ini. Tetapi beliau gagal dihubungi, malah beliau juga tiada di rumah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Rabu.

Beliau berkata setakat ini, SPRM telah mengambil keterangan enam individu yang dipercayai terlibat dalam urusan seperti didakwa itu, dan siasatan masih berjalan.

"Siasatan berhubung dakwaan itu dimulakan semalam dan lima lelaki dalam rakaman video termasuk seorang lagi individu yang dipercayai ada kaitan dengan urusan seperti didakwa itu, telah dipanggil untuk memberi keterangan," katanya.

Semalam, Abd Aziz mengesahkan SPRM telah memulakan penyiasatan terhadap urusan 'rasuah untuk rumah' bagi mendapatkan rumah mampu milik itu, yang didakwa melibatkan bapa seorang Adun Pulau Pinang.

Beliau berkata penyiasatan akan mengambil masa dan pihaknya sedang mengesan mereka yang didakwa menjadi mangsa untuk membantu siasatan.

"Kami akan teruskan siasatan berhubung dakwaan itu dan berharap orang ramai khususnya mangsa yang mempunyai sebarang maklumat mengenai perkara itu supaya tampil untuk membuat laporan bagi membantu siasatan," katanya.

Isu berkenaan terbongkar Isnin lepas, apabila Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong mendedahkan klip video yang memaparkan rakaman perbincangan mengenai pembayaran untuk mendapatkan rumah kerajaan negeri itu.

Oh berkata isi kandungan perbualan dalam video itu menunjukkan ia dirakamkan tahun lepas, dan bapa Adun berkenaan dilihat bersama-sama seorang orang tengah sedang melayan aduan daripada seseorang yang dipercayai telah membuat pembayaran, namun tidak mendapat rumah tersebut.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: SPRM , Adun DAP , Pulau Pinang

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan