Perarakan Hari Kebangsaan Bermula

Diterbitkan: Rabu, 31 Ogos 2016 8:32 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sejak awal pagi, lagu patriotik menghiasi ruang udara di sekitar Dataran Merdeka sempena perarakan perayaan Hari Kebangsaan ke-59.

Orang ramai mula membanjiri tempat duduk di Dataran Merdeka sementara para peniaga turut mencari rezeki dengan menjual sarapan pagi, Jalur Gemilang dan vuvuzela.

Hujan renyai-renyai mula turun kira-kira pukul 6.45 pagi namun tidak menjejaskan kehadiran orang ramai.

Namun beberapa minit kemudian langit kembali cerah dan acara diteruskan dengan alunan lagu-lagu patriotik dan persembahan padang.

Skrin LED gergasi turut disediakan bagi memudahkan orang ramai melihat pelbagai aktiviti yang disediakan dengan lebih jelas dan pada masa yang sama memaparkan lirik-lirik lagu yang berkumandang.

Tags / Kata Kunci: Hari Kebangsaan , Sehati Sejiwa

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan