Penyertaan Husam Dalam Amanah Tak Jejaskan PAS - Ahmad Yakob

Diterbitkan: Rabu, 31 Ogos 2016 1:04 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Penyertaan bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dalam Parti Amanah Negara (Amanah) tidak menjejaskan PAS, kata Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob.

Beliau berkata masih terlalu awal untuk menjangka kekuatan Amanah terutama di Kelantan selepas penyertaan Husam dalam parti itu Selasa malam.

"Nak tahu kuat ke, tak kuat ke, tunggu pilihan raya (umum) nantilah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kebangsaan 2016 di Stadium Mini Majlis Daerah Ketereh di sini, Rabu.

Husam, yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor mengumumkan menyertai Amanah pada satu majlis makan malam di Cyberjaya malam tadi.

Beliau dipecat keanggotaannya dalam PAS April lalu, susulan lantang mengkritik presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung dakwaan wujud kerjasama PAS-Umno.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata parti itu sedia berdepan dengan mana-mana parti termasuklah Amanah pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata keputusan Husam untuk menyertai Amanah adalah pilihannya sendiri selepas dibuang daripada PAS sebelum ini.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Husam Musa , Amanah , Hari Kebangsaan , Ahmad Yakob

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan