'Lipan Bara' Antara Tarikan Perarakan Hari Kebangsaan

Diterbitkan: Rabu, 31 Ogos 2016 12:06 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: 'Lipan Bara' aset terbaharu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menarik perhatian ramai pada acara perbarisan dan perarakan sempena Hari Kebangsaan Ke-59 di Dataran Merdeka di sini.

Ia yang merupakan kereta perisai bermobiliti tinggi (HMAV) 4x4 diperlihatkan kepada umum buat julung kali setelah dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pameran Servis Pertahanan Asia 2016 pada April lepas.

Pegawai Staf I, Cawangan Bantuan Tempur Markas Medan Barat Tentera Darat, Lt Kol Mohd Faiz Ahmad menyifatkan Lipan Bara mempunyai pelbagai keistimewaan.

"Ia dilengkapi senjata M134D-H Gattling Gun 7.62mm, pelancar grenad 76mm, alat amaran laser, kemampuan mengangkut sehingga dua tan serta memiliki tahap perlindungan dan kekebalan tinggi," katanya kepada Bernama.

Pertunjukan udara yang melibatkan 12 pesawat tempur Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) turut meningkatkan adrenalin pengunjung dengan pelbagai formasi menarik. 

Ia masing-masing disertai empat pesawat Sukhoi, pesawat FA 18 D-Hornet dan Hawk 108/208. 

Sekretariat Perbarisan TUDM, Pegawai Staf II, Istiadat Markas Tentera Udara, Mejar Jamaludin Jumaat berkata penerbangan mereka dikendalikan juruterbang pesawat tempur TUDM yang berpangkalan di Pangkalan Udara Gong Kedak, Butterworth dan Kuantan.

Penerbangan turut melibatkan aset terbaharu TUDM iaitu pesawat pengangkut Airbus A400M selain dua pesawat C130 Hercules dan sembilan unit pesawat latihan PC 7 MK 11. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: Lipan Bara , ATM , Hari Kebangsaan

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan