Hari Kebangsaan 2016 Meriah

Diterbitkan: Rabu, 31 Ogos 2016 12:44 PM

Hari Kebangsaan 2016 Meriah

  • 1 of 14
  • sehati1

    KIBARAN Jalur Gemilang di Dataran Merdeka sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-59. -foto AZHAR MAHFOF/The Star

  • sehati10

    PEMAIN badminton negara, Datuk Lee Chong Wei bersama para atlet negara ke Olimpik Rio melintasi pentas kehormat pada sambutan Hari Kemerdekaan Ke-59. -fotoBERNAMA

  • sehati11

    PESERTA acara padang membuat persembahan pada sambutan Hari Kemerdekaan Ke-59. -fotoBERNAMA

  • sehati12

    REJIMEN Askar Melayu Diraja melepaskan 14 das tembakan ketika nyanyian lagu Negaraku selepas ketibaan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah pada Sambutan Hari Kebangsaan ke -59 di Dataran Merdeka. -fotoBERNAMA

  • sehati13

    LINTAS HORMAT... Pasukan udara membuat lintas hormat di hadapan pentas utama menggunakan helikopter dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada sambutan Hari Kemerdekaan Ke-59. -fotoBERNAMA

  • sehati14

    PARA peserta berpakaian tradisional masyarakat di Sarawak melafazkan ikrar pada sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Sarawak 2016 di Kompleks Sukan Sri Aman. -fotoBERNAMA

  • sehati2

    RAGAM orang ramai sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-59. -foto LOW BOON TAT/The Star

  • sehati3

    AKSI peserta persembahan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-59 di Dataran Merdeka. -foto RAYMOND OOI/The Star

  • sehati4

    KIBARAN Jalur Gemilang di Dataran Merdeka sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-59. -foto RAYMOND OOI/The Star

  • sehati5

    LAMBAIAN atlit negara yang turut menyertai perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-59. -foto RAYMOND OOI/The Star

  • sehati6

    KEBERANGKATAN tiba Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah di Dataran Merdeka. -foto RAYMOND OOI/The Star

  • sehati7

    GELAGAT peserta perhimpunan perayaan Hari Kebangsaan ke-59. -foto LOW BOON TAT/The Star

  • sehati8

    1MALAYSIA... Para peserta berpakaian tradisional masyarakat di Sarawak melaungkan 'Merdeka' pada sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Sarawak 2016 di Kompleks Sukan Sri Aman. -fotoBERNAMA

  • sehati9

    PASUKAN Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melintasi pentas kehormat disegmen keselamatan negara pada sambutan Hari Kemerdekaan Ke-59 bertemakan 'Sehati Sejiwa' di Dataran Merdeka. -fotoBERNAMA

x
(Ubah saiz teks)

SEMANGAT dan rasa cinta kepada negara jelas tergambar apabila ribuan rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat berkumpul untuk bersama-sama memeriahkan perarakan Hari Kebangsaan 2016 di seluruh negara.

Bertepatan dengan tema 'Sehati Sejiwa', semangat kesepaduan, kesefahaman dan kekitaan terserlah di wajah setiap rakyat.

Masing-masing bersemangat mengibarkan Jalur Gemilang, malah ada yang hadir mengenakan pakaian bertema bendera negara yang menambah aura patriotik.

Tags / Kata Kunci: Hari Kebangsaan , Sehati Sejiwa

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan