Pahit Maung Mempertahankan Kemerdekaan - Veteran Askar Melayu

Diterbitkan: Rabu, 31 Ogos 2016 4:20 PM

Pesara tentera Abidin Mat, mengimbau kembali saat beliau dikurniakan Pingat Pangkuan Negara oleh Sultan Kelantan, Almarhum Sultan Ismail Petra pada 1979. Abidin berkhidmat selama 21 tahun dalam Regimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dari tahun 1958 hingga 1979.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Bagi veteran Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Abidin Mat, 80, dahulu, rakyat berjuang berhabis-habisan untuk membebaskan Tanah Melayu daripada dibelenggu cengkaman Inggeris dan komunis sehingga berjaya mencapai kemerdekaan.

Kini, beliau berkata, sambutan kemerdekaan lebih kepada penghayatan jasa-jasa orang lama yang membolehkan Malaysia kini ditadbir tanpa pengaruh kuasa luar.

Menceritakan pengalaman semasa bertugas dalam RAMD selama 11 tahun dari 1958 sehingga 1979, Abidin masih ingat bagaimana payahnya untuk mengekalkan kemerdekaan yang berjaya dicapai pada tahun 1957.

Menurutnya, selepas 1957, masih terdapat saki baki komunis di Tanah Melayu yang tidak berputus asa untuk menawan dan merampas kuasa pentadbiran pada waktu itu.

"Antara pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan ialah semasa operasi menangkap komunis di Gubir, Kedah, waktu itu seramai 30 anggota RAMD dikerah untuk menyerang hendap lubuk komunis itu.

"Namun, pihak komunis yang sudah siap sedia dengan serangan itu telah terlebih dahulu memasang perangkap samar bagi mematahkan serangan RAMD.

"Dalam pertempuran itu, dua rakan saya terkena perangkap samar tersebut dan dihantar ke Hospital Alor Setar... Alhamdulillah saya bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya kepada Bernama.

Tambah Abidin, walaupun sepanjang berkhidmat dalam RAMD beliau tidak pernah mengalami sebarang kecederaan parah semasa menjalankan operasi, namun beliau tetap berasa sedih dan terkilan kerana banyak kali melihat kematian rakan seperjuangan di depan mata sendiri.

"Saya masih ingat detik-detik cemas semasa Konfrontasi Malaysia-Indonesia pada tahun 1963, di mana RAMD saling berbalas tembakan dengan askar Indonesia.

"Dalam operasi itu, seramai enam rakan sepasukan terkorban di depan mata saya," katanya yang mengalami kecederaan ringan ketika operasi itu.

Bagi Abidin, kejayaan terbesar yang dikecapi sepanjang berkhidmat dalam RAMD apabila dikurniakan pingat Perkhidmatan Setia oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu atas jasa beliau menyertai misi keamanan dalam Pasukan Khas Malaya di Congo pada tahun 1960 hingga 1963 dan Pingat Pangkuan Negara (P.P.N) pada tahun 1997.

Abidin yang bersara dengan jawatan terakhir sebagai pegawai waran pada 1979 kini menjalankan perniagaan perubatan tradisional di rumahnya di Serdang.

Ditanya harapannya mengenai Hari Kebangsaan, beliau berharap Malaysia akan terus meningkat maju dan dapat membina kehidupan masyarakat yang lebih baik serta memberikan pendidikan terbaik kepada generasi muda.

Abidin turut menasihati golongan muda supaya mementingkan pendidikan dan agama kerana ia adalah asas kepada kemajuan diri dan negara.

"Anak muda mestilah mempunyai pendidikan, berdisiplin dan taat pada perintah yang diberikan sama ada dari segi agama, negara ataupun ketua di tempat kerja," katanya.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Askar Melayu , RAMD , Abidin Mat

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan