Bekas Tukang Jahit Imbas Memori Manis 31 Ogos 1957

Diterbitkan: Rabu, 31 Ogos 2016 8:09 AM

Ng bersama anak dan cucu-cucunya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Hari itu ialah 31 Ogos 1957 dan Ng Nyot Ngo masih ingat dia memakai kebaya untuk pergi menonton filem pada hari berkenaan.

"Semua orang kelihatan begitu gembira. Mereka bersorak dan melaungkan 'merdeka, merdeka'. Saya juga bersorak dengan kawan-kawan saya walaupun kita tidak begitu faham maksudnya pada masa itu," kata Ng yang ketika itu berusia 15 tahun.

Pada hari itu, Ng menonton filem Elvis Presley di Kluang.

Raja Rock and Roll itu menjadi pujaan zaman remajanya.

Ketika zaman mudanya Ng gemar memakai kebaya.
"Ia adalah sebahagian daripada sambutan tersebut. Kami dapat tiket percuma," kata Ng, 74.

Ketika itu dia sentiasa memakai kebaya apabila keluar dengan rakan-rakannya.

"Tidak ramai wanita memakai baju kurung pada masa itu. Menjadi perkara biasa untuk melihat wanita tanpa mengira bangsa memakai kebaya.

"Saya kelihatan seperti orang Melayu. Sebab itu saya memakai kebaya. Tetapi saya tidak tahu bagaimana untuk mengikat kain," katanya sambil ketawa.

Suami Ng, Francis George Thomas, pernah berkhidmat dengan pasukan simpanan tentera British ketika era pra-kemerdekaan.

Beliau meninggal dunia pada tahun 1993 ketika berusia 62 tahun.

Pasangan itu mempunyai empat orang anak.

Kini Ng yang merupakan bekas tukang jahit menghabiskan masanya dengan kehidupan bersama anak dan cucu-cunya.

Anak perempuan Ng, Reisha Jessie Thomas, 42, menyifatkan ibunya sebagai seorang yang sangat pentingkan keharmonian kaum.

Reisha berkata Ng sentiasa menggalakkan anak-anak dan cucu-cucunya untuk memberi hadiah kepada jiran-jiran mereka bukan sahaja semasa musim perayaan tetapi setiap kali mereka pulang dari cuti di luar negara.

"Dia akan memberi hadiah dan oren kepada jiran-jiran dan sentiasa mengingatkan saya untuk turut berbuat demikian," kata Reisha.

Hari ini Ng yang tinggal di Batu Berendam, Melaka menikmati keharmonian bersama jiran-jirannya.

Tags / Kata Kunci: Hari Kebangsaan , Sehati Sejiwa

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan