SPRM Siapkan Kertas Siasatan Tiga Pegawai Kanan

Diterbitkan: Selasa, 30 Ogos 2016 10:21 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini dalam proses melengkapkan kertas siasatan berhubung kes rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan tiga penjawat awam, dua daripadanya bergelar 'Datuk' dan 'Datuk Seri' yang ditahan 15 Ogos lalu.

Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik SPRM Abdul Samat Kasah berkata ketiga-tiga lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu kertas siasatan dilengkapkan dan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan seterusnya.

"Kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis. Lepas bukan bermakna siasatan dah habis kerana kertas siasatan terhadap kes mereka kini masih dilengkapkan sebelum ia diserahkan kepada pihak peguam negara untuk tindakan lanjut.

"Kes ini agak mengambil masa kerana ia melibatkan jumlah harta disita puluhan juta ringgit," katanya kepada Bernama, di sini.

Tiga lelaki berkenaan yang berkhidmat di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) ditahan dalam operasi serentak di Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan. 'Datuk Seri' berumur 54 tahun dari DBKL dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM300,000 pada 27 Ogos setelah ditahan pada 3.07 petang 15 Ogos lalu di pejabatnya di bangunan DBKL.

Datuk dari JKR Melaka berumur 56 tahun dibebaskan dengan jaminan RM300,000  pada 25 Ogos lalu.

Pegawai kanan TNB berumur 47 tahun di Kelantan dibebaskan pada 28 Ogos dengan jaminan RM300,000.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata susulan penahanan tiga lelaki itu pada 15 Ogos lalu, akaun milik ketiga-tiga individu berkenaan melebihi RM13 juta telah dibekukan, meliputi wang simpanan dan amanah saham bernilai antara RM1 juta hingga RM6 juta setiap seorang.

Turut disita ialah beberapa kondominium mewah termasuk unit penthouse dan rumah banglo serta kenderaan mewah antaranya Maserati, BMW dan Audi yang dipercayai hasil rasuah dan pengubahan wang haram.

Operasi berkenaan dibuat selaras dengan kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad kepada Bernama baru-baru ini yang mahu membersihkan perkhidmatan awam daripada rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. -- Bernama

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan