Diterbitkan: Selasa, 30 Ogos 2016 1:26 PM

Muhammad Farhan Najmi Johari (kiri) akhirnya dapat menjejakkan kaki ke pesawat pejuang F/A-18D Hornet di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Impian seorang remaja penghidap kanser  untuk menaiki pesawat pejuang tentera tertunai hari ini apabila menjejakkan kaki ke pesawat pejuang F/A-18D Hornet di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang dekat sini, Selasa.

Muhammad Farhan Najmi Johari, 13, yang disahkan menghidap tumor sel germa  pada Ogos tahun lepas berpeluang berbuat demikian selama 20 minit sambil mendengar penerangan berkaitan operasi pesawat itu oleh juruterbang Mejar Hazman Harun dan Mejar Goh Keng Loon dari TUDM.

"Saya sangat teruja kerana diberi peluang mempelajari operasi pesawat pejuang. Saya akan belajar bersungguh-sungguh supaya satu hari nanti saya dapat menyertai TUDM," katanya ketika ditemui pemberita.

Impian pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Tinggi Melaka itu   direalisasikan menerusi program 'Make-A-Wish' yang dijalankan badan bukan kerajaan Make-A-Wish Malaysia dengan kerjasama TUDM.

Lebih mesra dengan panggilan Farhan, pelajar itu nyata terharu apabila dilihat menitiskan air mata dengan peluang yang diberikan itu dan mengakui memang sejak kecil beliau mempunyai minat mendalam terhadap bidang penerbangan dan dunia ketenteraan.

Menurut ibu Farhan, Afizah Abdul Hamid, 39, anak bongsu daripada tiga beradik itu sering mengalami sakit pinggang dan perut akibat penyakit yang dihidapinya itu.

Namun, keluarganya bersyukur apabila doktor memaklumkan penyakit anaknya beransur pulih setelah menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sejak didiagnos dengan tumor sel germa tahun lepas, Farhan telah menjalani rawatan kimoterapi sebanyak enam kitaran selain pembedahan untuk membuang sel kanser.

"Kami sekeluarga teruja apabila doktor yang merawat Farhan menawarkan penyertaan dalam program itu pada Februari lepas demi menggembirakan pesakit," kata Afizah.

Farhan, yang menurut ibunya gemar bermain kapal terbang permainan ketika kecil, ditemani ibu bapa dan dua abangnya yang dibawa menaiki kereta mewah dari hotel penginapan mereka ke pangkalan udara itu.

Afizah berkata penyakit itu tidak menghalang anaknya daripada menghadiri latihan taekwando sekali seminggu.

Turut hadir Komander Pangkalan Udara TUDM Subang Brigadier Jeneral Shamsudin Kasim dan Ketua Pegawai Eksekutif Make-A-Wish Malaysia Irene Tan.

Tags / Kata Kunci: TUDM , Kanser

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan