MyOnline Pasport Kurangkan Separuh Kesesakan Di Kaunter

Diterbitkan: Selasa, 30 Ogos 2016 8:10 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Permohonan untuk memperbaharui pasport menerusi sistem dalam talian, MyOnline Pasport, mulai 1 September ini dijangka dapat mengurangkan separuh daripada kesesakan di kaunter.

Sebelum ini, isu kesesakan di kaunter selain dakwaan nombor giliran 'sudah habis' merupakan antara masalah yang menjadi rungutan pelanggan di Jabatan Imigresen.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, menerusi kaedah dalam talian, pelanggan hanya perlu datang ke kaunter untuk mengambil pasport yang mengambil masa antara 10 minit sehingga setengah jam.

"Bayangkan lebih dua juta pasport dikeluarkan setahun dan bagi tahun ini sahaja dari Januari sehingga 31 Julai, sebanyak 1.466 juta pasport dibuat di kaunter.

"Jika lebih ramai yang memperbaharui pasport secara online, kemungkinan besar ia dapat mengurangkan hampir separuh daripada kesesakan di kaunter," katanya dalam satu temuramah di pejabatnya di sini, Isnin.

Mustafar berkata, selain lebih mudah dan menjimatkan masa, konsep permohonan memperbaharui pasport secara dalam talian ini dijangka mendapat sambutan berikutan ramai rakyat negara ini mahir menggunakan komputer dan telefon pintar.

Katanya, secara tidak langsung, sistem penyampaian perkhidmatan awam di Jabatan Imigresen akan bertambah baik.

Mengenai MyOnline Pasport, pada masa ini kaedah pembayarannya adalah menerusi kad kredit.

Sebanyak empat negeri dan dua Pusat Transformasi Bandar (UTC) menjadi perintis bagi kaunter serahan pembaharuan pasport secara dalam talian iaitu Putrajaya, Pahang, Sarawak, Pulau Pinang termasuk UTC Pudu Sentral dan UTC Johor.

"Jika semuanya berjalan lancar, kita akan memperluaskannya ke seluruh negara mulai minggu kedua," kata Mustafar.

Mustafar berkata, dengan pengenalan 'pejabat automatik' itu akan membolehkan sejumlah pegawai ditempatkan di bahagian yang lebih kritikal.

Sebagai contoh, katanya, pegawai-pegawai boleh diserapkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pelabuhan-pelabuhan dan tempat-tempat yang ada menerima banyak permohonan pelanggan.

"Dengan cara itu, kita dapat mengoptimumkan penggunaan tenaga kerja di Jabatan Imigresen," ujar Mustafar.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa keselamatan butiran peribadi dan pasport diutamakan.

"Sebab itu pemohon mesti hadir bersama kad pengenalan/surat beranak dan pasport asal berserta resit pembayaran semasa pengambilan pasport," katanya.

MyOnline Pasport diperkenalkan bagi membolehkan orang ramai memilih untuk membuat permohonan pembaharuan pasport secara dalam talian dengan memasukkan butiran dan ukuran gambar diminta dan seterusnya membuat pembayaran menerusi kad kredit, sebelum mengambil pasport di kaunter serahan.

Tags / Kata Kunci: Imigresen , Pasport

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan