Lagu K-pop Iringi Pengebumian Mangsa Cangkuk Kren

Diterbitkan: Selasa, 30 Ogos 2016 8:57 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Lagu Korea dimainkan dengan kuat di pangsapuri Nordin Street Ghaut ketika upacara pengebumian wanita yang maut dihempap penyangkut sebuah kren di Kuala Lumpur pada Khamis lepas.

Mangsa, Joice Chin Khoon Sing, 24 merupakan seorang peminat K-pop.

Antara lagu-lagu yang dimainkan sebelum upacara pengebumian itu adalah You Are My Everything oleh Gummy (runut bunyi filem Korea - Descendants of the Sun).



Selepas upacara berkenaan, abang mangsa Khoon Ying, 26, berkata keluarganya akan mengadakan mesyuarat sebelum memutuskan sama ada akan mengambil tindakan undang-undang atau tidak berhubung kematian adik perempuannya itu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.20 malam Khamis lalu,  besi penyangkut dipercayai terjatuh daripada kren di sebuah tapak pembinaan, bersebelahan pusat beli-belah Pavilion dan menimpa kereta Perodua Kelisa yang dipandu mangsa.

Mangsa maut serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di tengkuk, dada dan rusuk kanan selepas dihempap serpihan besi kren seberat 1,000 kilogram yang jatuh dari tingkat 20 bangunan hotel yang sedang dalam pembinaan itu.

Tags / Kata Kunci: K-pop

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan