Ketepikan Perbezaan, Rakyat Perlu Bersama Isi Erti Kemerdekaan - TPM

Diterbitkan: Selasa, 30 Ogos 2016 9:08 PM

Ahmad Zahid Hamidi.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak rakyat bersama-sama mengisi erti kemerdekaan dengan mengetepikan perbezaan politik dalam menzahirkan semangat cintakan negara.

Dalam amanatnya sempena sambutan Hari Kebangsaan 2016 esok, beliau berkata sebagai bangsa Malaysia, setiap anggota masyarakat perlu mempunyai tanggapan bahawa kemerdekaan negara adalah milik semua.

"Usaha mengisi kemerdekaan perlu dianggap satu kebertanggungjawaban atau kepentingan yang perlu dipikul seluruh rakyat, bukan hanya tanggungjawab kerajaan semata-mata," katanya.

Ahmad Zahid menyampaikan amanat tersebut kepada media selepas mengadakan pertemuan bersama Menteri Koodinator Maritim Indonesia Luhut Binsar Panjaitan, yang juga Menteri Energi dan Sumber Daya Mineral, di pejabatnya di sini.

Beliau berkata kesepaduan dalam kalangan rakyat dalam menentukan, menjaga dan mempertahankan kemerdekaan adalah satu amanah yang perlu dipikul seluruh masyarakat tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam dalam amanatnya berkata rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kerana hari ini negara tidak lagi dijajah dan rakyat juga berupaya dan mempunyai hak dalam menentukan pentadbiran negara sendiri.

Namun, katanya, jika tidak berhati-hati dan masih bertelagah sesama sendiri, kesejahteraan dan kebebasan yang sedang dinikmati pada hari ini tidak akan dapat bertahan lama.

"Seiring dengan keharmonian dan keamanan yang telah dinikmati pada hari ini, ia akan mewujudkan suatu suasana di mana ia akan memberi peluang kepada pemimpin kita untuk terus berjuang dalam membangunkan negara," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.  - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Ahmad Zahid Hamidi , erti kemerdekaan

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan