Kabinet Sedia Bincang Kajian Semula Kuasa Agong

Diterbitkan: Selasa, 30 Ogos 2016 8:26 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kabinet terbuka kepada perbincangan untuk mengkaji semula had kuasa Yang di-Pertuan Agong sebelum sesuatu akta baharu berkuat kuasa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Menteri yang bertanggungjawab bagi hal ehwal undang-undang itu berkata, kajian menyeluruh perlu dilakukan.

"Kami tidak mahu dilihat sebagai kerajaan 'on off'. Saya rasa ini adalah tidak konsisten.

"Tidak adil untuk mengatakan bahawa kelulusan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak mengikut perlembagaan apabila ia adalah mengikut keadaan yang dibenarkan oleh Perlembagaan," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada era pemerintahannya memulakan pindaan kepada Perlembagaan, yang memansuhkan keperluan untuk perkenan Yang di-Pertuan Agong sebelum sesuatu akta baharu mula berkuat kuasa.

Sehubungan itu baru-baru ini Dr Mahathir meminta maaf di atas tindakannya pada 1993 meminda Perlembagaan Persekutuan supaya perkenan raja-raja tidak lagi diperlukan dalam mewartakan sesebuah undang-undang yang diluluskan Parlimen.

Ia susulan Akta MKN yang diwartakan dan menjadi undang-undang mulai 1 Ogos lalu walaupun tanpa mendapat persetujuan Yang di-Pertuan Agong.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan