Zika: Kerajaan Johor Pertingkat Kawalan Di Enam Pintu Masuk Bandaraya JB

Diterbitkan: Selasa, 30 Ogos 2016 8:21 PM

Ayub menunjukkan keratan akhbar mengenai virus Zika semasa melakukan tinjauan saringan kesihatan mengekang penularan virus zika di Kompleks KIK Bangunan Sultan Iskandar, Johor Baru pada Selasa. - foto BRIAN MOH/The Star

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Kerajaan Johor mempertingkatkan kawalan di enam pintu masuk di bandar raya ini sebagai langkah berjaga-jaga menangani penularan virus zika.

Enam pintu masuk itu adalah Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) di Bangunan Sultan Iskandar, Kompleks KIK Sultan Abu Bakar di Tanjung Kupang, Pelabuhan Johor di Pasir Gudang, Pelabuhan Tanjung Pelepas di Gelang Patah, Terminal Feri Puteri Harbour di Iskandar Puteri dan Terminal Feri Stulang Laut.

Menurut Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat, saringan kesihatan menggunakan alat pengimbas haba ke atas pelawat atau rakyat Malaysia yang datang dari Singapura, akan dilakukan bagi memastikan tidak berlaku peningkatan suhu badan melepasi 37 darjah celcius.

"Saringan dilakukan 24 jam menerusi tiga syif penugasan melibatkan doktor, petugas Jabatan Kesihatan Johor dan Johor Bahru serta dibantu pegawai Imigresen," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan saringan kesihatan mengekang penularan virus zika di Kompleks KIK Bangunan Sultan Iskandar, di sini Selasa.

Beliau berkata selain saringan kesihatan, pihaknya turut menggalakkan pemilik kenderaan termasuk bas, kereta api dan lori yang menggunakan Kompleks KIK Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks KIK Sultan Abu Bakar, menyediakan semburan aerosol dalam kenderaan masing-masing bagi mencegah nyamuk.

Katanya sesetengah pihak mungkin memperlekeh atau menganggapnya sebagai remeh, namun ia merupakan salah satu cara berkesan dalam menangani penularan virus berkenaan.

"Dianggarkan kira-kira 50,000 kenderaan keluar masuk melalui Kompleks KIK Bangunan Sultan Iskandar setiap hari. Oleh itu, kita tidak mahu orang ramai mengambil mudah berhubung penularan zika," katanya sambil menegaskan orang ramai tidak perlu panik mengenainya.

Sementara itu, mengenai perkembangan denggi di negeri ini, Ayub berkata sebanyak 8,662 kes dicatatkan sejak minggu pertama tahun ini hingga minggu ke-34 yang berakhir pada 27 Ogos lepas, berbanding 9,058 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Beliau berkata sebanyak 14 kematian turut dicatatkan sehingga 27 Ogos lepas berbanding 25 kematian bagi tempoh sama tahun lepas.

"Ini bermakna usaha Jabatan Kesihatan Johor dengan kerjasama Pejabat Kesihatan di setiap daerah dalam menangani denggi menampakkan kejayaan. Kita akan menggiatkan pencegahan denggi terutamanya di kawasan punca denggi seperti kawasan perumahan, kawasan lapang dan kawasan rumah tinggal," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: virus Zika , Johor , pintu masuk

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan