Banjir Kilat Di Lembah Klang

Diterbitkan: Selasa, 30 Ogos 2016 10:00 AM

Keadaan trafik di sepanjang jalan menuju ke Lapangan Terbang Subang dan dari Ara Damansara.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Hujan lebat pada pagi Selasa menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di sepanjang jalan-jalan utama di Lembah Klang.

Pengguna jalan raya terpaksa melalui perjalanan yang panjang untuk ke tempat kerja akibat hujan lebat yang berlaku lebih dua jam hingga menyebabkan banjir kilat di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Radio Trafik Star Media melaporkan banjir berlaku di sepanjang jalan menuju ke Lapangan Terbang Subang dan dari Ara Damansara.

Keadaan ini menyebabkan trafik sesak dari susur keluar Lebuhraya Persekutuan dan Citta Mall.

Satu lagi banjir kilat dilaporkan berlaku berhampiran Tol Sungai Rasau di Shah Alam hingga menyebabkan kesesakan sejauh beberapa kilometer dari Taman Berkeley, Klang ke persimpangan Batu 3.

Sementara itu di Persiaran Surian, Kota Damansara, banjir kilat di laluan bawah berhampiran Sunway Giza menyaksikan trafik sesak dari Pelangi Damansara dan Sierra Damansara.

Di Kuala Lumpur, lalu lintas sesak dari Sungai Besi ke Jalan Loke Yew dan seterusnya ke Jalan Tun Razak.

Selain itu kenderaan berhenti berhampiran Terowong Penchala menghala ke Bandar Utama dan berhampiran tol Batu 9, Cheras telah menyebabkan kesesakan di jalan-jalan berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Banjir Kilat

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan