Video Bapa Adun DAP Minta 'Wang Untuk Rumah Kos Rendah' Tersebar

Diterbitkan: Isnin, 29 Ogos 2016 5:14 PM

Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong mendedahkan klip video yang merakamkan perbincangan berhubung bayaran wang bagi mendapatkan sebuah rumah kerajaan negeri.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pinang daripada DAP, Lim Siew Khim menafikan pembabitannya dan juga menjauhkan diri daripada dakwaan rasuah yang mengaitkan bapanya dalam kes seorang pembeli mendapatkan sebuah rumah kos rendah.

Siew Khim berkata dia amat kecewa dengan klip video yang tersebar dalam media sosial sejak semalam, yang merakamkan bapanya bersama dua lagi lelaki membincangkan perkara mengenai rumah kos rendah.

"Ya, lelaki dalam video itu bapa saya, namun perkara ini berlaku di luar pengetahuan saya dan saya hanya tahu mengenainya malam tadi. Saya ingin tegaskan bahawa bapa saya tidak mempunyai kuasa untuk mempengaruhi keputusan kerajaan negeri, begitu juga saya," katanya dalam sidang akhbar di sini Isnin.

Siew Khim ditemani beberapa pemimpin DAP termasuk ADUN Seri Delima R.S.N Rayer yang bertindak sebagai penasihat undang-undang, Adun Padang Lalang Chong Eng dan Anggota Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim.

Siew Khim, yang juga Ketua Wanita DAP Pulau Pinang, mendedahkan bapanya Lim Kiat Seong, 68, adalah seorang pesara dan beliau tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan dakwaan itu dan tidak berbuat sesuatu yang salah bagi pihaknya.

"Setakat ini, saya tidak menerima sebarang aduan di kawasan saya berhubung amalan rasuah seperti yang didakwa untuk mendapatkan unit-unit rumah kos rendah dan saya nasihatkan semua mangsa supaya membuat laporan polis jika ada cubaan untuk meminta wang bagi membantu mereka mendapatkan sebuah rumah kerajaan," katanya.

 

                                                Lim Siew Khim

Sebelum itu, naib pengerusi Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong mendedahkan klip video yang merakamkan perbincangan berhubung bayaran wang bagi mendapatkan sebuah rumah kerajaan negeri.

Oh berkata kandungan perbualan dalam video itu menyebut ia direkodkan tahun lepas dan bapa Lim dilihat bersama seorang orang tengah melayan satu aduan daripada seorang lelaki yang dipercayai telah membuat bayaran namun tidak mendapat rumah itu.

"Semasa perbualan itu, pengadu menyebut dia telah membayar RM260 untuk beberapa bulan namun masih tidak menerima sebarang surat tawaran untuk rumah kos rendah. Bapa Lim nampaknya kelihatan duduk dengan tenang di sebelah kiri dalam video itu, mendengar aduan itu namun tidak bercakap," katanya.

Oh berkata kerajaan negeri terutamanya pengerusi jawatankuasa perumahan, perlu tampil ke depan dan nyatakan di khalayak ramai sama ada terdapat kaedah bagi permohonan segera untuk unit-unit rumah kos rendah.

"Kami berharap pengerusi Jawatankuasa Perumahan Negeri Jagdeep Singh Deo akan menjelaskan perkara berhubung amalan rasuah dalam mendapatkan sebuah rumah kos rendah," katany

SEmentara itu The Star melaporkan bahawa Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow juga mengesahkan bahawa lelaki dalam video itu adalah bapa Siew Khim.

Enggan mengulas lanjut, Kon Yeow berkata apa yang didengarinya adalah bapa Sie Khim telah mengambil wang daripada beberapa 'pelanggan', tetapi mengembalikannya selepas gagal mendapatkan rumah kos rendah untuk mereka.

KOn Yeow berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis di Simpang Ampat di sini pada Isnin.

Tags / Kata Kunci: rasuah , perumahan rakyat , Lim Siew Khim

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan