Tindakan Tegas Terhadap Pelajar Tajaan Mara Jika Terlibat Perhimpunan Haram

Diterbitkan: Isnin, 29 Ogos 2016 3:44 PM

Ismail Sabri (tengah) mengibarkan Jalur Gemilang pada Program 'Moh Ngeteh' bersempena Sambutan Hari Kebangsaan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Maktab Rendah Sains Mara Pengkalan Chepa pada Isnin. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Tindakan tegas akan dikenakan terhadap pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) sekiranya didapati terlibat dengan perhimpunan antikerajaan di Kuala Lumpur Sabtu lepas.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub berkata setakat ini bagaimanapun tiada laporan diterima mengenai pelajar tajaan Mara terlibat dengan perhimpunan itu.

Perhimpunan di luar dari kawasan ditetapkan polis ialah perhimpunan haram, tegasnya.

"Mana-mana pelajar tajaan Mara yang menyertai perhimpunan haram kami akan ambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program 'Moh Ngeteh' Hari Kebangsaan kementeriannya di Maktab Rendah Sains Mara Pengkalan Chepa di sini Isnin.

Ismail Sabri berkata program Moh Ngeteh, atau 'mari minum teh', adalah untuk menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dalam kalangan lebih 500,000 warga kementerian itu termasuk jabatan dan agensi serta organisasi di bawahnya seperti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di seluruh negara.

Beliau berkata program itu, yang diadakan serentak di seluruh negara hari ini, turut melibatkan 40 Pusat Transformasi Luar Bandar dan pelajar tajaan Mara di luar negara.

Turut hadir Timbalannya Datuk Ahmad Jazlan Yaakub. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan