Tiga Aspek Selaras Bantuan Guaman Dibincang

Diterbitkan: Isnin, 29 Ogos 2016 4:02 PM

Azalina Othman Said.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan petugas untuk menyelaras perkhidmatan bantuan guaman di Malaysia mengadakan mesyuarat pertamanya yang diketuai Datuk Seri Azalina Othman Said.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata tiga aspek transformasi dibincangkan dalam mesyuarat itu iaitu organisasi, bidang kuasa dan kemampuan kewangan.

Bercakap pada sidang media di sini Isnin, Azalina yang juga menteri bertanggungjawab hal ehwal undang-undang berkata terdapat keperluan untuk menyelaras perkhidmatan bantuan guaman di negara yang ditawarkan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO).

"Kita juga membincangkan keperluan ujian untuk menilai mereka yang benar-benar layak menerima bantuan guaman di negara ini.

"Kitabelum mencapai apa-apa keputusan lagi memandangkan ini hanyalah mesyuarat pertama. Ia akan memerlukan pasukan petugas ini mengambil masa kira-kira tiga hingga empat bulan.

"Kita perlu mengkaji semula pendekatan keseluruhan bantuan guaman, sama ada untuk memberi tumpuan kepada kes jenayah secara keseluruhan atau mengasingkan antara kes sivil dan jenayah," kata Azalina selepas mesyuarat itu di Parlimen.

Kedua-dua badan utama untuk bantuan guaman adalah Jabatan Bantuan Guaman Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan Pusat Bantuan Undang-Undang Badan Peguam Malaysia yang berada di bawah bidang kuasa jawatankuasa peguam pelbagai negeri.


Tags / Kata Kunci: bantuan guaman , Azalina Othman Said

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan