Pemerdagangan Manusia: Thailand Setuju Ekstradisi 10 Warganya

Diterbitkan: Isnin, 29 Ogos 2016 5:48 PM

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersalaman dengan rakan sejawatannya dari Thailand merangkap Menteri Pertahanan Thailand, Jeneral Prawit Wongsuwan pada Mesyuarat Bilateral Kerjasama Keselamatan Antara Malaysia Thailand, Isnin. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Thailand bersetuju dengan permintaan Malaysia untuk mengekstradisi 10 warga negara itu yang dipercayai dalang kes pemerdagangan manusia di sempadan kedua-dua negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata 10 individu yang berumur antara 35 hingga 60 tahun itu dikenal pasti terbabit dalam kes penemuan kubur besar di Wang Kelian, Perlis, pada Mei tahun lalu.

Beliau berkata berdasarkan maklumat pihak berkuasa Thailand, individu yang sangat dikehendaki oleh pihak berkuasa Malaysia itu sebahagiannya sudah ditahan oleh Thailand manakala sebahagian lagi masih bebas.

"Mereka perlu diekstradisi bagi membolehkan tindakan perundangan dikenakan terhadap mereka. Kita tidak mahu masyarakat antarabangsa memandang bahawa kes itu hanya dilakukan oleh pihak Malaysia, tetapi ia melibatkan jenayah rentas sempadan," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian dalam sidang media di sini pada Isnin selepas mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya dari Thailand, Jeneral Prawit Wongsuwan, yang juga Menteri Pertahanan Thailand, yang melakukan kunjungan hormat terhadap beliau bersempena lawatan kerja seharinya ke Malaysia.

Sementara itu, menurut kenyataan yang dikeluarkan bersempena mesyuarat berkenaan, Ahmad Zahid dan Prawit membincangkan perkara berhubung kerjasama jenayah rentas sempadan, program pertukaran antarabangsa banduan, kerjasama imigresen, deradikalisasi pengganas dan pengurusan sempadan serta pengangkutan.

"Negara menyedari bahawa isu keselamatan tidak dapat ditangani secara unilateral terutama melibatkan aspek jenayah rentas sempadan serta antarabangsa dan adalah penting bagi menangani ancaman secara berkesan.

"Ia melibatkan pemantauan terhadap pergerakan manusia merentasi sempadan selaras dengan kerjasama serantau Malaysia dan Thailand dalam beberapa mesyuarat," katanya.

Antara mesyuarat itu ialah Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai Jenayah Rentas Sempadan dan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN mengenai Jenayah Rentas Sempadan.

Dalam mesyuarat itu, Malaysia juga bersedia untuk menawarkan pengalaman dan kepakaran mengenai aspek deradikalisasi pengganas kepada Thailand.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan