Jangan Dakwa Berasaskan Khabar Angin, Kata Zahid Kepada Muhyiddin

Diterbitkan: Isnin, 29 Ogos 2016 6:23 PM

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta pendahulunya Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan bukti berhubung dakwaannya bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memiliki hampir RM1 bilion dalam akaun bank peribadinya.

Beliau juga menyelar Muhyiddin kerana membuat kenyataan tidak berasas berdasarkan khabar angin.

"Minta dia berikan bukti jika dia ada. Dia menuduh perdana menteri kita, jadi dia mesti menunjukkan bukti.

"Jangan buat dakwaan berdasarkan khabar angin," katanya apabila diminta mengulas satu laporan bahawa Muhyiddin mendakwa hampir RM1 bilion sudahpun ada di dalam akaun bank peribadi perdana menteri malah sebelum kontroversi yang dilaporkan secara meluas mengenai RM2.6 bilion.

Menurut laporan itu, Muhiyiddin berkata beliau difahamkan mengenai simpanan itu sebelum daripada sumbangan yang dikatakan daripada Arab, daripada bekas Peguam Negara ketika itu Tan Sri Abdul Gani Patail.

Ahmad Zahid bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat kerjasama keselamatan dua hala dengan rakan sejawatannya dari Thailand, Jeneral Prawit Wongsuwan di sini, Isnin.

Mengenai keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini, Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri berkata keputusan mahkamah perlu dihormati.

Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa perintah menteri dalam negeri untuk mengharamkan penggunaan T-shirt kuning Bersih dan risalah berkaitan dengan perhimpunan Bersih itu tidak munasabah.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan