Kementerian Kesihatan Tingkat Saringan Kesan Virus Zika

Diterbitkan: Ahad, 28 Ogos 2016 4:06 PM

(Ubah saiz teks)

PENDANG: Kementerian Kesihatan akan meningkatkan saringan kesihatan di pintu masuk antarabangsa di Johor berikutan kes pertama virus Zika membabitkan rakyat Malaysia di Singapura.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata saringan kesihatan itu juga akan dijalankan di terminal penerbangan tempatan yang menerima penerbangan terus dari Singapura, seperti Pulau Pinang dan Langkawi. 

"Memang kita sudah ada pasukan yang menjalankan saringan kesihatan di pintu masuk Johor tetapi kita akan tambah jumlah anggota kesihatan bagi menjalankan pemeriksaan bagi mengesan virus Zika. 

"Kita turut menjalankan 'tremor scan' di terminal penerbangan," katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Summer Health Camp Kelab Doktor Muda Peringkat kebangsaan di sini, hAhad. 

Turut hadir Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Norhizan Ismail dan Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Rozainum Ahmad.

Pada Sabtu, seorang wanita warga Malaysia berumur 47 tahun yang tinggal di Singapura dikesan positif virus Zika walaupun telah memaklumkan tidak pernah berkunjung ke negara yang dijangkiti virus itu. 

Dr Hilmi berkata sehingga kini tiada kes virus Zika dikesan hasil pemeriksaan secara rambang terhadap lebih 700 orang sejak Jun 2015. 

"Sejak Jun 2015 hingga 26 Ogos lalu, kita telah menjalankan pemeriksaansecara rambang terhadap 752 orang dengan menjalankan ujian dan menghantar sampel yang diambil di makmal-makmal dan hasilnya semua didapati negatif," katanya. 

Dalam perkembangan lain, Dr Hilmi berharap pengendali kantin di semua sekolah mengikuti Prosedur Operasi Standard yang telah disediakan oleh kementerian bagi mengelak daripada berlakunya kes keracunan makanan.  

"Sejak akhir-akhir ini banyak kes keracunan makanan berlaku jadi kita minta pihak pengurusan kantin mengikut langkah yang telah kita sediakan dan sekiranya gagal tindakan boleh diambil," katanya.

Seramai 224 peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah diseluruh negara menyertai program tersebut.  -Bernama

Tags / Kata Kunci: virus zika , atuk Seri Dr Hilmi Yahya

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan