'Ular' Patuk Kereta Hingga Remuk

Diterbitkan: Ahad, 28 Ogos 2016 7:04 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seekor daripada sekumpulan 'ular' yang melintas jalan dikatakan telah 'mematuk' sebuah kereta yang dipandu seorang jurujual sehingga remuk.

Ular itu kemudiannya lari bersama kumpulannya ke dalam semak di Jalan Besar Sungai Tua, Ulu Yam Baharu, Selangor.

Inilah laporan yang diterima anggota polis di Balai Polis Ulu Yam Baharu daripada seorang lelaki berusia 48 tahun pada Khamis lalu.

Bagaimanapun siasatan polis kemudiannya mendapati ular yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah seekor kuda.

"Pengadu yang merupakan seorang lelaki Cina dan berasal dari Puchong sebenarnya tidak fasih berbahasa Melayu sehingga kuda disebut ular. Pengadu sebenarnya diserang sekumpulan kuda yang melintas jalan tersebut," kata Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt R. Supramaniam kepada Bernama pada Ahad.

Supramaniam berkata, seekor daripada kumpulan kuda yang berkeliaran di kawasan itu telah menendang kereta mangsa sehingga remuk di bahagian hadapan kereta jenis Toyota Camry itu.

Pihak Majlis Daerah Hulu Selangor telah dimaklumkan berhubung perkara itu bagi mengambil tindakan terhadap pemilik kuda terbabit. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan