Lebih 2,000 Pelajar Sertai Persembahan Grafik Kreatif

Diterbitkan: Ahad, 28 Ogos 2016 1:28 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lebih 2,000 pelajar Tingkatan 4 dari beberapa sekolah menengah sekitar Selangor dan Kuala Lumpur akan terlibat menjayakan persembahan Grafik Kreatif sempena Perarakan dan Perbarisan Hari Kebangsaan 2016, Rabu ini.

Ketua Penyelaras Kumpulan Grafik Kuala Lumpur (KL) Nor Adzmi Baba berkata kumpulan pelajar terdiri dari pelbagai bangsa itu memulakan latihan sejak awal Julai lepas di bawah seliaan 30 koreografer serta 28 grafik kreatif.

"Tenaga pengajar turut dibantu 52 guru (30 dari sekolah sekitar KL dan 22 dari Selangor). 

"Peserta akan dilatih empat jam sehari bermula 7 pagi. Latihan pada tahun-tahun sebelum ini biasanya dilakukan di Stadium Bukit Jalil, namun tahun ini kami lakukan di padang sekolah di dalam Kem Sungai Besi," katanya ketika ditemui Bernama selepas raptai hari kedua acara Perarakan dan Perbarisan Hari Kebangsaan 2016 di Dataran Merdeka, di sini, Ahad.

Raptai Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2016 itu bermula seawal 6.30 pagi yang disertai 15,000 peserta dari pelbagai lapisan umur dan agensi.

Katanya persembahan Grafik Kreatif menggunakan plai kad, pom-pom, kelarai,bendera dan payung dengan mengikut rentak lagu patriotik yang dimainkan ketika perarakan dan perbarisan.

"Terdapat beberapa segmen yang akan dipersembah peserta bermula 7 pagi menggunakan kesemua peralatan yang disediakan mengikut rentak lagu patriotik oleh Kumpulan Koir Pentarama," katanya yang juga Ketua Unit Kokurikulum di Jabatan Pendidikan.

Hari Kebangsaan 2016 bertemakan 'Sehati, Sejiwa' merupakan tema tahun lepas yang dikekalkan tahun ini kerana perlunya usaha memupuk semangat bersatu padu yang telah lama menjadi amalan dalam kalangan rakyat Malaysia. -Bernama

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan