Raja Permaisuri Agong Sampaikan Anugerah Tokoh Wanita - Berita Semasa | mStar

Raja Permaisuri Agong Sampaikan Anugerah Tokoh Wanita

Diterbitkan: Ahad, 28 Ogos 2016 12:52 PM

Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah berkenan menyampaikan anugerah kepada atlet terjun negara, Pandelela Rinong semasa berangkat menghadiri 'Tribute to Women Awards & Charity Gala 2016', Sabtu malam. Foto:Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah berkenan menyampaikan anugerah kepada 14 tokoh dan ikon wanita sempena Anugerah Tribute to Women Malaysia 2016 pada Sabtu malam.

Anugerah yang diadakan buat kali ketiga itu bertujuan mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada wanita yang telah memberi sumbangan besar dan pencapaian cemerlang dalam profesion masing-masing.

Pengarah Urusan MSP Communication Sdn Bhd yang juga merupakan pengasas Tribute To Women Malaysia, Mahani Awang berkata penerima anugerah terdiri daripada pelbagai bidang antaranya pendidikan, seni dan budaya, sains dan teknologi, kemanusiaan dan usahawan muda.

Antara penerima anugerah ialah bekas wartawan, Adibah Amin bagi kategori pencapaian seumur hidup, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Jantung Negara Tan Sri Dr Robaayah Zambahari (sains dan teknologi), penerbit Puan Seri Tiara Jacquelina (seni dan budaya). 

Bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Tan Sri Prof Emeritus Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin (pendidikan) dan penerjun Olimpik negara Pandelela Rinong (sukan).

"Pemenang anugerah dipilih oleh juri yang telah dilantik dengan mengambil kira beberapa kriteria yang ditetapkan dan akan melalui proses pemilihan akhir penjurian," katanya kepada pemberita selepas majlis anugerah itu.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia Datuk Dr Hafsah Hashim.

Mengulas pengiktirafan yang diterima Dr Sharifah Hapsah menyifatkan anugerah itu sebagai pemangkin semangat kepadanya untuk terus meningkatkan pencapaian dalam kerjaya. -Bernama

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan