Pengarah Urusan Syarikat Proksi Direman Enam Hari - Berita Semasa | mStar

Pengarah Urusan Syarikat Proksi Direman Enam Hari

Diterbitkan: Ahad, 28 Ogos 2016 3:26 PM

Seorang pengarah syarikat penerbitan buku direman tujuh hari bermula Sabtu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa dan penyelewengan dana bernilai RM15 juta.Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Seorang pengarah urusan sebuah syarikat proksi kepada sebuah syarikat penerbitan buku direman selama enam hari bermula Ahad bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa dan penyelewengan dana bernilai RM15 juta. 

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman lelaki berusia 42 tahun itu sehingga 2 September ini.

Lelaki itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM di sini pada 11.09 malam tadi apabila tampil memberi keterangan.

Sementara itu, pengarah urusan sebuah bank bergelar Datuk, bekas pegawai bank sama, pemilik syarikat penerbitan dan pegawai syarikat penerbitan sama dilanjutkan reman selama dua hari bermula Isnin sehingga Selasa (30 Ogos) bagi membantu siasatan kes yang sama. 

Lelaki bergelar Datuk berusia 48 tahun itu ditahan berhubung kes tender penukaran sistem bank dan penerbitan biografi berkaitan seorang pemimpin negara.

Pada 25 Ogos, SPRM menahan lapan individu berumur antara 32 hingga 48 tahun antara pukul 2 petang hingga tengah malam di sekitar Kuala Lumpur bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa. 

Jumaat lalu, empat individu terdiri daripada dua peguam wanita, seorang penulis buku berkaitan seorang tokoh pemimpin negara dan isteri kepada bekas pegawai bank itu, dibebaskan. 

Pada Sabtu, seorang pengarah syarikat penerbitan buku berusia 40 tahun yang ditahan di kediamannya di Kuantan, Pahang direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes yang sama.

Sehingga kini, enam lagi masih ditahan reman SPRM bagi membantu siasatan kes tersebut.  -Bernama

Tags / Kata Kunci: SPRM , syarikat proksi
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan