Empat Negeri Perintis Buka Kaunter Serahan Pasport Online

Diterbitkan: Ahad, 28 Ogos 2016 6:39 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Jabatan Imigresen memilih empat negeri dan dua Pusat Transformasi Bandar (UTC) sebagai perintis membuka kaunter serahan pembaharuan pasport bagi pembaharuan pasport yang dipohon menerusi sistem dalam talian, MyOnline Pasport, mulai 1 September depan.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mustafar Ali berkata, urusan serahan pasport itu melibatkan pejabat-pejabat Imigresen di Pahang, Sarawak, Pulau Pinang dan Putrajaya manakala dua UTC melibatkan UTC Pudu Sentral dan UTC Johor di Galleria@Kotaraya, di sini.

"Permohonan pembaharuan pasport secara dalam talian itu boleh dilakukan di mana-mana termasuk menggunakan telefon bimbit dan tanpa mengira masa. 

"Para pemohon turut dibenarkan memilih kaunter serahan pasport di empat negeri terlibat, sebagai contoh, permohonan secara dalam talian dibuat di Johor dan kemudian ingin mengambilnya (pasport) di kaunter serahan Jabatan Imigresen di Pulau Pinang," katanya kepada pemberita selepas melawat Jabatan Imigresen Johor di Kompleks Kementerian Dalam Negeri Setia Tropika, di sini Ahad.

Beliau berkata, pihaknya percaya permohonan pembaharuan pasport secara dalam talian dan kemudian mengutipnya di kaunter di empat negeri serta dua UTC terbabit dapat mengatasi masalah kesesakan di pejabat-pejabat Imigresen.

Mustafar berkata, dua UTC terbabit dijadikan perintis berikutan merupakan lokasi tumpuan ramai dan sekiranya berjalan lancar, maka, Jabatan Imigresen akan memperluaskan kaunter serahan terbabit ke negeri-negeri lain dalam masa terdekat.

Katanya, MyOnline Pasport diperkenalkan bagi membolehkan orang ramai memilih untuk membuat permohonan pembaharuan pasport secara dalam talian dengan memasukkan butiran dan ukuran gambar diminta sebelum membuat pembayaran menerusi debit atau kredit kad untuk mengambil pasport di kaunter serahan.

"Jabatan Imigresen, bagaimanapun, tetap meniktikberatkan aspek tertentu terutama dari segi keselamatan termasuk kawalan kualiti selain mewajibkan pemohon sahaja yang boleh datang mengambil pasport mereka," katanya. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Mustafar Ali , pasport

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan