Amalkan Dasar Inklusif Dalam Agenda Membela Rakyat - Najib

Diterbitkan: Ahad, 28 Ogos 2016 2:01 PM

(Ubah saiz teks)

KUDAT: Umno mesti terus mengamalkan dasar inklusif sama ada sesama rakan politiknya dalam Barisan Nasional (BN) mahupun kepada rakyat Malaysia secara keseluruhan dalam memastikan agenda membela rakyat dan membangunkan negara terus terlaksana, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Perdana menteri dan presiden Umno berkata sebagai contoh, jika di Sabahterdapat lebih 60 kumpulan etnik dan sub etnik, maka kesemua kumpulan etnik berkenaan perlu menjadi sasaran tanggungawab Umno, BN dan kerajaan untuk memberi pembelaan.

"Saya sebut Umno mesti inklusif. Umno bukan lagi eksklusif... (isu) Mahkamah Adat negeri di Sabah saya sebagai perdana menteri beri peruntukan. Masalah Tanah Adat saya beri peruntukan dan banyak lagi supaya kita dapat merasakan bahawa Malaysia ini kita punya. 

"Malaysia ini milik kita, tak kira siapa diri kita tetapi kita mesti adaperasaan kekitaan," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Zon 1 di sini pada Ahad.

Umno Zon 1 meliputi Bahagian Kudat, Kota Marudu, Kota Belud dan Tuaran.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Musa Aman, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Presiden Parti Bersatu Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan kesemua ketua Umno bahagian Zon 1.

Sambil menyatakan keazamannya untuk melihat hubungan akrab dan bersatu padu rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung 'bagai rambut bersimpul mati', Najib berkata dengan adanya kekuatan kesepaduan rakyat Malaysia sedemikian, apapun cabaran yang datang akan mampu dihadapi dengan jayanya.

Bagaimanapun, katanya, untuk merealisasikan hasrat itu, kestabilan politik perlu wujud dan di Sabah, kestabilan politik wujud sejak Umno secara rasmi bertapak di Sabah pada 21 Februari 2009 dan kini mempunyai kira-kira 546,850 anggota di 5,676 cawangan di semua 25 bahagian.

"Ini merupakan satu daripada ramuan kejayaan. Bila kita ada kestabilan politik,kita pula mesti berpegang kepada Umno dan BN sebagai penyatuan politik untuk rakyat negeri Sabah.

Umno mesti perjuangkan kepentingan semua kaum. Kita bukan parti komunal," kata perdana menteri.

Najib berkata selain itu, keselamatan dan kedaulatan Sabah mesti dipertahankan dan beliau memandang serius mengenai aspek keselamatan serta kedaulatan Sabah.

Katanya meskipun tidak ada negara di dunia boleh memberi jaminan untuk bebas daripada sebarang ancaman 100 peratus, namun Malaysia setakat ini berjaya mengekang beberapa ancaman daripada berlaku atas perhatian serius kerajaan BN terhadap keselamatan negara.

Najib menegaskan beliau akan terus mempertahankan kedaulatan Sabah bagi memastikan potensi Negeri Di Bawah Bayu, terutama dalam sektor pelancongan yang kian berkembang pesat, dapat dibangunkan seterusnya memberi limpahan nikmat kepada rakyat di negeri ini. 

Perdana menteri berkata soal pembangunan, kebajikan dan untung nasib masadepan rakyat juga mesti dijaga dan rakyat tidak kisah mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) meskipun isu itu akan ditangani kerajaan kerana yangrakyat mahukan adalah kebajikan mereka sentiasa terpelihara.

Sementara itu, Najib memuji kepimpinan Umno Sabah di bawah teraju Musakerana telah menjadikan Sabah sebagai negeri paling banyak anggota walaupunusianya paling bongsu jika dibandingkan dengan Umnodi negeri-negeri lain.

Katanya Umno Sabah bukan sekadar menjadi komponen Umno dengan jumlahkeanggotaan terbesar malah Umno negeri berkenaan juga berjaya menerapkan dalam diri anggota dan kepimpinannya untuk berpegang kepada nilai setia kepada kawansama ada dalam susah mahupun senang.

Mengenai tiga permintaan Umno Bahagian Kudat iaitu pembinaan sebuah sekolah menengah agama; pembinaan jalan pintas Bongkol-Telaga; serta memberi perhatian terhadap pembangunan Pulau Banggi yang merupakan pulau terbesar di negara ini,terutama dalam sektor pelancongan, Najib berkata beliau akan memberi pertimbangan sewajarnya terhadap cadangan berkenaan.-Bernama

Tags / Kata Kunci: dasar inklusif , Umno

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan