Kanak-Kanak Perempuan Ditemui Mati Lemas

Diterbitkan: Ahad, 28 Ogos 2016 12:46 PM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun, Nur Aishah Suhaimi, dari Kampung Tengah, Padang Temusu dekat sini, yang tergelincir ke dalam sungai berhampiran rumahnya Jumaat lalu, ditemui mati lemaskira-kira 9.55 pagi Ahad.

Komander operasi mencari dan menyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu Mohd Razmi Abd Rashid berkata, mayat murid Sekolah Kebangsaan Seri Gedong itu ditemui terapung dan tersangkut pada dahan pokok mati di dalam sungai kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi kejadian.

Operasi pencarian sejak dua hari lepas itu disertai anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani dan Tikam Batu, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kuala Muda dan orang kampung.

"Mayat kanak-kanak berkenaan dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk dibedah siasat," katanya ketika dihubungi Bernama.

Dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, mangsa yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik itu sedang bermain bersama rakan-rakannya di atas titi berhadapan rumah mereka sebelum tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai dan hanyut dibawa arus deras. -Bernama

Tags / Kata Kunci: lemas , kanak-kanak

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan