Dr Khir Toyo Kahwin Lagi - Berita Semasa | mStar

Dr Khir Toyo Kahwin Lagi

Diterbitkan: Ahad, 28 Ogos 2016 3:44 PM

Dr Mohamad Khir Toyo.

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

KUALA LUMPUR: Bekas menteri besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo melangsungkan perkahwinan kedua bersama pasangannya, seorang penjawat awam, Christine Zanitrah Abdullah pada Ahad.

Difahamkan Dr Mohamad Khir, 51, dan pasangannya Christine Zanitrah atau nama asalnya Christine Tan, 39, yang memeluk agama Islam pada April lepas, melangsungkan perkahwinan mereka di satu majlis dalam negara.

"Perkahwinan kedua Dr Mohamad Khir itu berlangsung di dalam negara, Christine Zanitrah merupakan penjawat awam di Putrajaya," kata sumber terdekat dengan Dr Mohamad Khir kepada Bernama

Christine Zanitrah Abdullah. Foto Bernama

Sumber tersebut turut mengirim beberapa keping gambar Christine Zanitrah pada majlis itu, yang memakai busana pengantin rekaan pereka terkenal Datuk Radzuan Radziwill. 

Perkahwinan pertama Dr Mohamad Khir bersama Zaharah Kechik pada 1990. - Bernama

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan