Pesawat Maswings Tergelincir Dari Landasan

Diterbitkan: Sabtu, 27 Ogos 2016 8:59 PM

Sebuah pesawat jenis Twin-Otter milik Maswings tergelincir dari landasan semasa mendarat di Lapangan Terbang Marudi petang Sabtu. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

MIRI: Sebuah pesawat jenis Twin-Otter milik Maswings tergelincir dari landasan semasa mendarat di Lapangan Terbang Marudi petang Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Marudi, Zulbada Alior berkata, pesawat membawa empat penumpang dan dua anak kapal dari Miri ke Marudi, sedang mendarat di landasan itu kira-kira pukul 3.55 petang apabila ia tergelincir.

"Cuaca pada ketika itu amat baik dan pesawat tergelincir 30 meter dari landasan ke kawasan padang rumput di tepi landasan berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, kesemua penumpang dan anak kapal selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, pesawat berkenaan juga tidak mengalami sebarang kerosakan.

Sementara itu, Maswings dalam kenyataan ringkasnya berkata, Lapangan Terbang Marudi ditutup sementara selepas pesawat MH3568 Twin Otter (DHC6) tergelincir kira-kira pukul 3.55 petang.

Pesawat itu berlepas dari Miri kira-kira pukul 3.40 petang.

"Ketika ini pesawat itu tidak dibenarkan terbang bagi membolehkan pemeriksaan dan penyelenggaraan dilakukan sebelum kembali digunakan," tambah kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, Maswings terpaksa melakukan perubahan kekerapan penerbangan bagi laluan Miri-Marudi berikutan penutupan landasan tersebut.

Pesawat Twin-Otter itu digunakan bagi Perkhidmatan Udara Kawasan Luar Bandar Maswings di Sarawak. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Maswings

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan