Lintas Langsung Perhimpunan #TangkapMO1

Diterbitkan: Sabtu, 27 Ogos 2016 12:00 PM

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

BERIKUT merupakan lintas langsung perhimpunan #TangkapMO1 yang diadakan sekumpulan anak muda di kompleks membeli-belah Sogo hingga ke Dataran Merdeka pada Sabtu. Kumpulan berkenaan turut merancang mengadakan perhimpunan sama di Kota Kinabalu.


4.35 petang: Perhimpunan #TangkapMO1 bersurai

3.55 petang: Peserta perhimpunan mengubah lokasi berhimpun di depan Menara DBKL.

3.50 petang: Peserta perhimpunan #TangkapMO1 perlu bersurai bagi memberi laluan kepada kenderaan.


 

3.30 petang: Semua peserta perhimpunan #TangkapMO1 berkumpul di Dataran Merdeka.



3.00 petang : Jalan raya sesak dipenuhi penyokong perhimpunan #TangkapMO1


 

2.55 petang : Peserta perhimpunan #TangkapMO1 di Sogo mula bergerak ke Dataran Merdeka.



2.50 petang : Peserta perhimpunan mula memenuhi jalan utama Jalan Tun Razak.
 

2.50: Polis meminta peserta perhimpunan #TangkapMO1 berdekatan Masjid Negara bersurai.



2.35 petang : Rata-rata penyokong #TangkapMO1 memakai baju hitam dan putih.


 

2.26 petang: Aktivis, Hishamudin Rais menyampaikan ucapan di perkarangan Sogo.



2.22 petang : Pihak berkuasa turut melakukan pemantauan dari udara.


 

2.20 petang: Dua kumpulan berbeza di perkarangan Sogo, antara peminat kumpulan muzik Caliph Buskers dan peserta perhimpunan #TangkapMO1.



2.15 petang: Kawalan di Dataran Merdeka diperketatkan


 

2.10 petang: Penganjur perhimpunan #TangkapMO1 memulakan ucapan di perkarangan Sogo


 



2.05 petang: Orang ramai lebih memberi perhatian terhadap persembahan Caliph Buskers di perkarangan Sogo berbanding perhimpunan #TangkapMO1

2.00 petang : Orang ramai mula membanjiri kompleks SOGO dengan sepanduk #TangkapMO1


1.45 petang : Beberapa peserta memegang bunting #TangkapMO1



1.42 petang: Kumpulan yang didakwa mewakili parti politik.


1.40 petang: Perserta perhimpunan #TangkapMO1 mula ke Dataran Merdeka.



1.40 petang : Peniaga Ahmad Syakir menjual baju #TangkapMO1 dengan harga RM20



1.35 petang: Peserta perhimpunan #TangkapMO1 bersama plakad di perkarangan Sogo.



1.30 tengah hari : Pasukan keselamatan mula memenuhi luar kompleks SOGO.


 

1.20 tengah hari: Seorang lelaki lepas geram terhadap peserta #TangkapMO1


 

1.07 tengah hari: Chegubard bersama kumpulan Otai reformis tiba berhampiran Sogo.



1.00 tengah hari: Sasterawan Negara A. Samad Said tiba di Masjid India dengan beberapa peserta perhimpunan lain.


12.55 tengah hari: Pasukan keselamatan mengawal ketat Dataran Merdeka.



12.50 tengah hari: Suasana berhampiran Dataran Merdeka tenang dengan kawalan pihak berkuasa.



12.25 tengah hari: Anggota polis mula mengawal keadaan di sekitar kawasan kompleks SOGO.

12.20 tengah hari: Suasana di hadapan SOGO masih seperti biasa dengan kehadiran orang ramai.


 


12 tengah hari: Suasana di laluan Masjid Negara ke Dataran Merdeka sibuk dengan kehadiran pelancong.


 

11.40 pagi: Suasana di sekitar Sogo . Perhimpunan #tangkapmo1 dilapor akan bermula pada pukul 2 petang.


Tags / Kata Kunci: #TangkapMO1 , Perhimpunan , Sogo , Dataran Merdeka

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan