Pelantikan Panglima ATM Sebagai KP MKN Bukti Malaysia Serius Tangani Ancaman Militan

Diterbitkan: Sabtu, 27 Ogos 2016 1:43 PM

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

(Ubah saiz teks)

KUALA PILAH: Pelantikan Panglima Angkatan Tentera Malaysia Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin sebagai Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara membuktikan bahawa Malaysia serius dalam menangani ancaman militan seperti Daesh.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pelantikan Zulkifeli itu yang berkuat kuasa 15 Ogos lepas amat tepat memandangkan beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ketenteraan.

"Kita harap pelantikan Zulkifeli ini dapat membantu dalam menangani ancaman baharu ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Kuala Pilah di sini, Sabtu.

Mengulas lanjut, Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata ancaman militan bukan sahaja dihadapi oleh Malaysia, bahkan seluruh dunia.

"Jangan ambil mudah perkara ini...bagaimana pun saya lega kerana kita telah meletakkan pertimbangan segera dalam setiap tindakan kita," katanya.

Beliau berkata setakat ini tiada kes terbaharu membabitkan warga Angkatan Tentera Malaysia yang terlibat dengan gerakan militan, dan menegaskan bahawa mereka akan terus dipantau.

Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan kebocoran maklumat kapal selam Scorpene yang turut dibeli Malaysia daripada syarikat pertahanan DCNS Perancis, Hishammuddin menegaskan dakwaan itu akan terus disiasat.

"Panglima Tentera Laut (Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin) telah memberi kenyataan bahawa kapal selam kita mempunyai spesifikasi yang berbeza...kapal selam kita tak sama dengan negara lain," katanya.

Media Australia pada Khamis dipetik sebagai melaporkan data sensitif mengenai kemampuan kapal selam Scorpene yang dibina syarikat kapal Perancis itu mengalami kebocoran secara besar-besaran susulan kebocoran sebanyak 22,400 muka surat dokumen rahsia kapal selam itu itu yang dimiliki Tentera Laut India.

Rekaan kapal selam itu dikatakan mempunyai kelas yang sama dengan kapal selam milik TLDM iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak yang beroperasi di perairan Kota Kinabalu, Sabah.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan