Rakyat Malaysia Dah Jemu Demonstrasi - Nur Jazlan

Diterbitkan: Sabtu, 27 Ogos 2016 5:21 PM

Nur Jazlan Mohamed.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang menjangkakan perhimpunan #TangkapMalaysianOfficial1 kurang mendapat sambutan berkata, rakyat mulai bosan mengadakan demonstrasi.

"Orang dah penat dan jemu," katanya sambil menambah bahawa perhimpunan sebelum ini yang dianjurkan Bersih tidak membawa kesan yang signifikan.

Ditanya sama ada kurang sambutan itu menunjukkan sokongan rakyat terhadap kerajaan yang memerintah, Nur Jazlan berkata, kebanyakannya menunjukkan bahawa rakyat sinis terhadap demonstrasi.

"Adakan demonstrasi dah cukup baik, hanya tidak berkesan. Jika anda mahu mengubah kerajaan, buatlah pilihan pada pilihan raya umum," katanya pada Sabtu.

Himpunan itu bertujuan untuk memberi tekanan terhadap pihak berkuasa supaya menahan dan mendakwa “Malaysian Official 1” yang dinamakan dalam laporan tindakan saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Sebanyak 10 badan bukan kerajaan (NGO), dengan kebanyakannya merupakan pertubuhan belia menunjukkan sokongan mereka terhadap himpunan itu bersama sayap pemuda PKR, DAP dan Amanah.


iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan