Pasukan Fnatic Menang RM5.6 Juta Dalam Kejohanan Dota

Diterbitkan: Sabtu, 27 Ogos 2016 3:42 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketika sukan seperti badminton, terjun, berbasikal dan olahraga mendapat perhatian di Sukan Olimpik baru-baru ini, anda mungkin terlepas berita mengenai sebuah pasukan eSports yang memenangi hadiah lebih satu juta dolar.

Pasukan Fnatic baru-baru ini berjaya menduduki tempat keempat dalam kejohanan The International Dota 2 yang diadakan di Seattle, Amerika Syarikat, membawa pulang wang tunai berjumlah AS$1.4 juta (RM5.6 juta).

Pasukan ini terdiri daripada rakyat Malaysia, Chai Yee Fung (Mushi), Yeik Nai Zheng (MidOne), Adam Erwann Shah (343), Chong Xin Khoo (Ohaiyo) dan pemain dari Filipina Djardel Jicko Mampusti (DJ).

eSports mungkin tidak mempunyai pengikut yang sama seperti sukan tradisional tetapi ia kini menjadi satu fenomena di kalangan generasi muda dan milenium.

"Industri ini sangat khusus. Hanya mereka yang tahu sahaja yang benar-benar menghargainya," kata Pengurus Pasukan Fnatic Eric Khor, merujuk kepada generasi milenium.

Khor, 28, berkata perbezaan generasi sangat jelas dalam industri eSports.

"Para remaja yang bermain permainan ini secara umumnya menghargainya, tetapi orang yang lebih tua seperti ibu bapa saya tidak tahu apa itu eSports, malah mereka juga tidak mahu tahu tentangnya," katanya.

Dota 2 adalah permainan pertempuran yang boleh dimainkan sesiapa sahaja dalam talian di mana dua pasukan dengan lima pemain mengawal seorang 'hero'.

Pasukan pertama yang memusnahkan struktur pasukan lawan yang dikenali sebagai 'ancient' akan memenangi permainan.

Merupakan seorang peminat Dota sejak mula bermain permainan itu pada usia 18 tahun, Khor mengakui kerja keras orang-orang yang cuba untuk menjadikan eSports satu perkara yang besar.

"Selepas menduduki tempat keempat, rakan-rakan saya yang tidak tahu mengenai dota mula bertanya saya tentang pasukan kami dan mereka ingin tahu apa sebenarnya yang kami lakukan," katanya.

Deloitte Global telah meramalkan bahawa industri eSports 'akan menjana pendapatan global sebanyak AS$500 juta (RM2 bilion) pada 2016, naik 25 peratus dari kira-kira AS$400 juta (RM1.6 bilion) pada 2015, dan mungkin akan mempunyai pengikut tetap dan sekali-sekala hampir 150 juta orang.'

Walau bagaimanapun, Khor mengakui bahawa untuk eSports diiktiraf dalam liga yang sama seperti sukan tradisional, ia  memerlukan masa yang lebih lama bagi mendapatkan momentum.

"Banyak yang perlu dilakukan untuk sampai ke tahap itu, pelabur tidak banyak," katanya, sambil menambah beliau tidak melihat ia tidak akan berkembang di Malaysia dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Khor juga mengeluh apabila pemain pro tidak bersikap serius seperti atlet.

"Cuba tengok, kami bukan orang-orang 'fizikal', kami tidak melakukan apa-apa 'sukan', tiada apa-apa yang fizikal, walaupun demikian kami boleh dianggap sebagai atlet," katanya, sambil menambah dota memerlukan pemain pro untuk melakukan tindak balas yang cepat.

Banyak usaha dihabiskan dengan membuat banyak latihan, sehingga 10 jam sehari.

"Ia mengambil banyak masa dan kemahiran untuk meningkat ke tahap yang paling tinggi dan terdapat banyak perkara yang mustahil untuk orang biasa melakukannya," katanya.

Khor berkata latihan mentaliti oleh pemain pro yang memikirkan taktik baharu untuk mengalahkan pesaing industri eSports berlaku dalam persekitaran yang pantas.

Khor berkata pasukan Fnatic biasanya bermain lima perlawanan sehari yang berlangsung selama lima jam dan beberapa jam lagi diambil untuk berbincang dan menganalisis tentang pasukan lawan.
Tags / Kata Kunci: Dota 2 , Fnatic , eSports , Eric Khor

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan