Akta MKN 2016 Demi Keselamatan Negara Bukan Tujuan Peribadi - Najib - Berita Semasa | mStar

Akta MKN 2016 Demi Keselamatan Negara Bukan Tujuan Peribadi - Najib

Diterbitkan: Sabtu, 27 Ogos 2016 11:39 PM

Najib Tun Razak.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu menegaskan bahawa Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 yang dikuatkuasakan baru-baru ini adalah demi keselamatan negara dan bukannya untuk tujuan peribadi.

"Saya telah tegaskan bahawa keputusan yang saya ambil ketika memperkenalkan Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 adalah demi keselamatan negara," katanya dalam catatan terbaharunya di laman Facebook dan Twitter pada Sabtu.

Najib berkata, penegasan sama turut diutarakannya semasa merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Cameron Highlands pagi Sabtu.

Pengenalan Akta MKN 2016, kata Najib, adalah bagi melindungi negara daripada sebarang ancaman dan bukannya seperti tuduhan sesetengah pihak yang mendakwa kononnya ia untuk kepentingannya sendiri.

"Ada yang tuduh saya ingin guna kuasa dan Akta ini untuk kepentingan diri. 

"Namun rakyat perlu ingat, setiap keputusan yang dibuat kerajaan tidak pernah bersifat peribadi.

"Apa yang lebih penting adalah melindungi rakyat serta kedaulatan negara daripada sebarang ancaman," kata beliau.

Rang Undang-undang MKN, yang memperuntukkan penubuhan MKN, perisytiharan kawasan keselamatan, kuasa-kuasa khas Pasukan Keselamatan di kawasan keselamatan dan perkara-perkara lain berkaitan, diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 3 Disember 2015, dan Dewan Negara pada 22 Disember 2015. 

Ia kemudiannya diwartakan pada 7 Jun lepas dan dikuatkuasakan pada 1 Ogos lalu. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Akta Majlis Keselamatan Negara
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan