Pindaan Akta 164 Penyelesaian Terbaik Pertikaian Pasangan

Diterbitkan: Jumaat, 26 Ogos 2016 7:56 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pindaan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 atau Akta 164 dijangka mampu memberi penyelesaian terbaik terhadap isu kelompangan perundangan bagi menyelesaikan isu pertikaian apabila salah seorang pasangan suami isteri memeluk Islam.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam kenyataan di sini pada Jumaat berkata, penggubalan Akta 164 juga bermatlamat memberi lebih keadilan bagi kedua-kedua pasangan yang telah mendaftarkan perkahwinan mereka secara sivil.

Ini adalah bagi membolehkan penyelesaian apa-apa obligasi di bawah undang-undang yang mengawal perkahwinan sivil, katanya.

Pada Khamis, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan keputusan kabinet untuk membuat pindaan ke atas Akta 164, yang merupakan undang-undang keluarga bagi perkahwinan dan perceraian pasangan bukan Islam, dengan segera berpandukan tiga prinsip utama.

"Penggubalan pindaan tersebut yang berdasarkan tiga prinsip utama adalah bagi memastikan tuntutan-tuntutan seperti hak jagaan dan tuntutan nafkah anak-anak hingga ke peringkat pendidikan tertinggi adalah terpelihara dan terjamin," kata kenyataan itu.

Di samping itu, KDN berkata pindaan itu bertujuan memberi lebih keadilan bagi kedua-dua pasangan yang telah mendaftarkan perkahwinan mereka secara sivil, serta membolehkan penyelesaian apa-apa obligasi di bawah undang-undang yang mengawal perkahwinan sivil.

Pindaan Akta 164 dijangka dibentangkan di Parlimen pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat, Parlimen Ke-13 Tahun 2016, katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: AKTA 164

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan