MyBest Buy: Fama Point 'Diserbu' Seawal 6 Pagi

Diterbitkan: Jumaat, 26 Ogos 2016 11:15 AM

(Ubah saiz teks)

SELAYANG: Hampir 5,000 peminat buah-buahan tempatan menyerbu perkarangan bangunan Fama Point di sini seawal pukul 6 pagi Jumaat untuk tidak melepaskan peluang merebut harga jualan terus dari ladang menerusi program MyBest Buy.

Kira-kira 50 gerai dibuka dan menawarkan buah-buahan tempatan segar antaranya rambutan, rambai, cempedak serta durian pada harga 20 peratus lebih rendah dari pasaran.

Program MyBest Buy ini bermula 8 pagi hingga 5 petang dan diadakan pada Jumaat minggu terakhir setiap bulan.

Menerusi program ini, Fama menyasarkan peningkatan jualan sekali ganda kepada RM14 juta tahun ini, berbanding sebanyak RM7 juta tahun lalu.
 
Ketua Pengarah Fama, Datuk Ahmad Ishak yang ditemui pada pelancaran program itu berkata, MyBest Buy menunjukan perkembangan positif apabila berjaya mengumpulkan lebih ramai usahawan tani melibatkan produk pertanian dan makanan.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia melalui Fama juga akan melaksanakan Karnival MyBest Buy di seluruh negara bermula Ogos sehingga Oktober di lokasi terpilih.

Program ini diterajui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ini hasil usaha sama Fama serta Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat).

MyBest Buy merupakan inisiatif Strategi Lautan Biru (NBOS) dalam mengurangkan perbelanjaan isi rumah melalui penawaran produk hasil pertanian dengan harga yang berpatutan dan kompetitif.
Tags / Kata Kunci: MyBest Buy , Fama , durian

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan