Gempa Bumi Lemah Landa Ranau

Diterbitkan: Jumaat, 26 Ogos 2016 1:23 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Gempa bumi lemah berukuran 4.0 pada skala Richter melanda Ranau, dekat sini, pada 9.39 pagi Jumaat, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Menurut kenyataan jabatan itu, pusat gempa itu terletak di 16km barat dari Ranau dan gegaran dirasai di kawasan itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau Jimmy Lagung berkata setakat ini pihaknya belum menerima apa-apa laporan berhubung kerosakan harta benda berikutan gempa bumi itu.

"Walaupun tidak menerima sebarang laporan kita sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa. Sejurus menerima apa-apa laporan kita akan terus menghantar anggota ke lokasi untuk membuat tindakan susulan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Jimmy berkata pihaknya sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kejadian yang tidak diingini, terutamanya gempa bumi.

Orang ramai boleh menghubungi balai bomba Ranau di talian 088-878779 jika berlaku kecemasan, katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan