Robot UTM Harumkan Nama Negara Di Bangkok

Diterbitkan: Khamis, 25 Ogos 2016 12:11 AM

Seramai 38 mahasiswa pasukan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang memenangi Anugerah ABU Asia Pacific Robot Contest (ROBOCON) 2016 di Bangkok Ahad lalu disambut warga UTM sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur malam Rabu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Enam pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mencatat sejarah apabila dua robot ciptaan mereka memenangi pertandingan Asia-Pacific Broadcasting Union (ABU) Robocon 2016 di Bangkok, Thailand, Ahad lepas.

Kejayaan yang dicatatkan di Stadium Tertutup Huamark selepas menewaskan pasukan terkuat dari China itu mengakhiri percubaan 15 tahun UTM dalam memenangi pertandingan berkenaan sejak diperkenalkan pada 2002.

Pengurus Pasukan Ir Dr Mohd Ridzuan Ahmad berkata kejayaan itu merupakan hadiah istimewa sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-59 yang akan disambut akhir bulan ini.

Beliau berkata kejayaan itu tidak dicapai dengan mudah apabila pasukannya terpaksa bertarung dalam perlawanan ulangan pada perlawanan akhir selepas pihak juri tidak berpuashati ekoran masalah teknikal.

"Selepas diberitahu juri perlawanan terpaksa diulang, saya hanya minta pelajar lakukan yang terbaik tanpa merasa tertekan dengan situasi itu dan Alhamdulillah pasukan UTM diumumkan sebagai pemenang selepas China mengalami masalah dengan robot ciptaan mereka," katanya sejurus tiba dari Bangkok di Lapangan Terbang Antaraangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini Rabu.

Mohd Ridzuan berkata kejayaan menyelesaikan tugasan pertandingan yang dikenali sebagai "Caiyo" membuktikan kualiti pelajar UTM diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Pertandingan itu turut disertai 17 pasukan dari 16 negara dan ia merupakan pertandingan robot yang terkemuka di Asia.

Wakil pelajar, Lim Wen Jin, 22, berkata setiap pasukan perlu membina dua robot eco dan robot hibrid yang tidak bergerak untuk memandu dan berfungsi menerima tenaga hibrid.

Beliau berkata setiap robot perlu digerakkan dengan menggunakan daya magnet, angin dan kekuatan lain untuk melalui laluan ditetapkan di mana kedua-dua robot perlu memanjat tiang untuk memasang turbin angin sebelum tamat pertandingan.

"Walaupun berhadapan persaingan sengit khususnya pasukan dari China, kami akhirnya dapat meraih kejayaan sekali gus mengharumkan nama tanah air," kata pelajar jurusan Kejuruteraan Mekanikal itu.

Selain Wen Jin, pasukan itu turut disertai Kevin Lau, Chai Kim Hung, Low Kah Seng, Chik Wen Xin dan Muhammad Khairul Baihaki Mohd Jafry, masing-masing berusia 21 tahun.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan