Najib Ucap Takziah Kejadian Gempa Bumi Di Itali, Myanmar

Diterbitkan: Khamis, 25 Ogos 2016 7:09 PM

Gempa bumi di kawasan tengah Itali memusnahkan rumah dan menyebabkan jalan raya merekah.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan penduduk Itali dan Myanmar susulan kejadian gempa bumi di kedua-dua negara yang telah meragut banyak nyawa.

"Saya mengucapkan takziah kepada kerajaan dan rakyat Itali yang terjejas kejadian gempa bumi.

"Myanmar turut terjejas kejadian gempa bumi dengan beberapa tapak bersejarah rosak dan banyak nyawa terkorban. Saya bersimpati dengan penduduk Myanmar,"katanya dalam catatan di akaun Twitter beliau, @NajibRazak, Khamis.

Reuters melaporkan angka kematian akibat gempa bumi di kawasan tengah Itali meningkat kepada hampir 250 orang pada awal Khamis selepas pasukan menyelamat semalaman berusaha mencari mereka yang terselamat di bawah runtuhan di bandar-bandar.

Agensi berita itu berkata gempa bumi berkekuatan 6.2 pada skala Richter melanda pada awal pagi Rabu ketika penduduk sedang tidur, memusnahkan rumah dan menyebabkan jalan raya merekah.

Di Myanmar, Reuters melaporkan sekurang-kurangnya 187 daripada kuil rosak dalam gempa bumi berkekuatan 6.8 yang menggegarkan bangunan di seluruh negara Asia Tenggara itu pada Rabu.

Agensi berita itu turut memetik pegawai Palang Merah sebagai berkata mereka menerima laporan tiga orang maut - dua kanak-kanak dan seorang penduduk di dua bandar yang terletak berhampiran dengan pusat gempa itu. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Datuk Seri Najib Tun Razak , Itali , Myanmar

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan