Najib Lancar Dasar Harta Intelek Iskandar Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 25 Ogos 2016 4:31 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (kanan) dan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim (kiri) menunjukkan buku 'Iskandar Malaysia Intellectual Property Policy' sebelum mempengerusikan mesyuarat IRDA di Bangunan Perdana Putra, Khamis.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Dasar Harta Intelek Iskandar Malaysia yang akan berfungsi sebagai garis panduan bagi mengawal selia penggunaan tanda nama berdaftar Iskandar Malaysia.

Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA) Datuk Ismail Ibrahim berkata dalam satu kenyataan, dasar itu diperkenalkan susulan minat daripada pelabur dan rakan kongsi strategik yang mahu membawa jenama Iskandar, Malaysia dalam nama dan projek mereka.

"Iskandar Malaysia merekodkan tahap kesedaran tinggi dalam tempoh lima tahun lepas dan ini menyumbang kepada peningkatan jenama itu pada hari ini, dan seiring dengan kesedaran jenama kukuh itu, kami melihat peningkatan minat daripada pelbagai pihak yang mahu dikaitkan dengan jenama Iskandar Malaysia," katanya. 

Kenyataan itu dikeluarkan bersempena dengan mesyuarat Ahli-Ahli Autoriti Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA) Ke-20 yang dipengerusikan beliau di Perdana Putra, di sini, Khamis.

Ismail berkata penjenamaan kukuh Iskandar Malaysia itu disumbang oleh kejayaan wilayah tersebut meraih pelbagai pencapaian terutamanya dalam menarik pelaburan pemangkin dan menerajui ke arah menjadi wilayah pintar.

"Keputusan untuk memulakan Dasar Harta Intelek Iskandar Malaysia itu adalah sejajar dengan pelaksanaan Dasar Harta Intelek Negara (DHIN) Kerajaan Persekutuan," katanya. 

Beliau juga berkata IRDA, sebagai pihak berkuasa kawal selia yang diberi mandat untuk merancang, mempromosi dan memudahkan pembangunan Iskandar Malaysia, mempunyai maklumat dan pengetahuan banyak strategi, rancangan dan pelan tindakan yang sebahagiannya telah dihasilkan dan diterbitkan. 

"Dengan semua harta intelek yang ada di tangan, IRDA menyedari ia adalah aset yang amat bernilai dan penggunaan dan eksploitasinya perlu dikawal selia dengan rapat bagi memastikan ia eksklusif dan unggul," katanya.

IRDA juga berkata, Iskandar Malaysia akan meneruskan usahanya menjadikan wilayah ekonomi itu sebuah 'bandar pintar' dengan manual sistem Penilaian Komprehensif Kecekapan Alam Sekitar Binaan (CASBEE) yang baru dikeluarkan. 

Projek perintis itu yang bermula pada Ogos tahun lepas dan selesai pada Mei tahun ini merupakan instrumen penilaian untuk menggalakkan pemilik dan pemaju bangunan agar memelihara alam sekitar. 

Mengulas mengenai CASBEE, Ismail berkata ia telah berjaya digunakan di lebih 1,700 majlis perbandaran di Jepun sebagai alat penilaian dan untuk menggalakkan pembangunan hijau. 

"Projek perintis CASBEE Iskandar dijalankan di beberapa bangunan, pembangunan bandar dan pihak berkuasa tempatan di Iskandar Malaysia untuk menguji manual tersebut yang melibatkan penilaian di peringkat kualiti dalam dan di luar alam sekitar binaan yang disasarkan," katanya.

Iskandar Malaysia juga memulakan Iskandar Malaysia Urban Observatory (IMUO), tingkap tunggal di mana maklumat dan data dikutip, disimpan dan dianalisis dalam persekitaran bandar pintar. 

"Ini menjadi satu platform yang boleh mengubah data autoriti relevan menjadi maklumat berguna untuk menggubal dasar yang lebih baik dan untuk membuat keputusan yang berdasarkan maklumat," katanya. 

Ismail berkata IMUO akan dilaksanakan secara berfasa, yang mana saling berkait dan melibatkan pelbagai pemegang kepentingan, bermula dari sekarang sehingga 2025. 

Mengenai perkembangan lain, Ismail berkata Iskandar Malaysia akan meraikan ulang tahunnya yang ke-10 pada 4 November.

Sambutan itu akan diraikan bersama rakyat menerusi Program Jelajah Iskandar Malaysia yang diadakan sepanjang 2017, dengan pelbagai program dan aktiviti telah dirangka, katanya. --Bernama


iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan