PAT Diumum KP Majlis Keselamatan Negara

Diterbitkan: Khamis, 25 Ogos 2016 12:45 PM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Kerajaan memandang serius ancaman terhadap pertahanan dan keselamatan negara dengan mengambil langkah serius melantik Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin sebagai Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang pertama.

Mengumumkan perkara itu di sini Rabu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa rakyat agar tidak memandang remeh ancaman itu yang datang dari dalam dan luar negara.

"Atas kepedulian kerajaan terhadap ancaman kepada pertahanan dan keselamatan negara ini maka kerajaan telah menetapkan bahawa tugas memimpin MKN diserah kepada pegawai polis atau tentera," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Jamuan Makan Malam Timbalan Perdana Menteri bersama pegawai dan kakitangan Perwakilan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan agensi-agensi kerajaan yang beroperasi di New York di pejabat perwakilan itu di sini. 

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata anggota-anggota MKN juga akan dilantik dari kalangan pegawai polis dan tentera yang berpengalaman dalam setiap sudut pertahanan dan keselamatan negara. 

Lazimnya, MKN diketuai oleh seorang setiausaha yang terdiri daripada pegawai sivil dan Zulkifeli menjadi pegawai tentera pertama yang dilantik ke jawatan itu.

Difahamkan pelantikan Zulkifeli berkuat kuasa 15 Ogos lepas.

Ahmad Zahid berkata tindakan itu bertujuan memperkukuh MKN agar menyerupai National Security Council (NSC) (Majlis Keselamatan Negara) di Amerika Syarikat.

Katanya dasar pertahanan dan keselamatan negara dipersiap dengan menggabungkan sinergi percantuman pelaksanaan tugas antara pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). 

Beliau seterusnya meminta rakyat supaya memandang positif perkara itu dan tidak meremehkan ancaman keselamatan dan pertahanan itu kepada negara. 

Kata beliau dalam politik, rakyat boleh berbeza pendapat tetapi dalam aspek keselamatan dan pertahanan negara, kedua-dua pihak harus bersatu. 

Beliau juga mengingatkan rakyat supaya jangan menganggap insiden keganasan seperti yang berlaku di luar negara itu tidak boleh berlaku di dalam negara.

"Soalnya bila dan di mana ia akan berlaku?" katanya. 

Ahmad Zahid turut mendedahkan kewujudan kumpulan pengganas yang menggelar kumpulan mereka sebagai 'Khalifah Nusantara' yang kononnya hendak menegakkan empayar Islam di Nusantara dan anggotanya aktif di Singapura, Malaysia, Indonesia dan Brunei.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan