Tarik Balik Saman: Anina Tak Yakin Menang - Ku Nan

Diterbitkan: Khamis, 25 Ogos 2016 6:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyindir bekas ahli Umno Bahagian Langkawi, Anina Saadudin yang bertindak menarik balik tiga kes mahkamah termasuk yang melibatkan beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Tengku Adnan percaya Anina bertindak sedemikian kerana tidak yakin akan menang dalam kes yang difailkannya itu.

"Barangkali dia tahu dia tidak boleh menang jadi dia tarik la saman itu balik.

"Dia yang menyaman biarlah dia," katanya ketika ditemui selepas merasmikan arca karikatur kartun Datuk Mohd Nor Khalid atau Lat di laluan Jejak Warisan 2, pada petang Khamis.

Pada Rabu, Anina Saadudin menarik semula tindakan undang-undang melibatkan Najib yang juga Presiden Umno kerana kini berjuang melalui platform baharu iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selaku ahli jawatankuasa penaja.

Tiga kes mahkamah itu termasuk saman terhadap Perdana Menteri bagi memulangkan semula RM2.6 bilion kepada Umno, saman terhadap Tengku Adnan kerana pemecatannya dalam Umno dan permohonan membatalkan kesahihan Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan