KP MKN Pertama Berpengalaman Luas Isu Keselamatan

Diterbitkan: Khamis, 25 Ogos 2016 4:43 PM

Zulkifeli bersama anggota tentera di Pos Tok 'O Rantau Panjang pada Julai lalu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengukuhan Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi pelantikan Panglima Angkatan Tentera (PAT) Malaysia, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin sebagai Ketua Pengarah yang pertama membuktikan kesungguhan kerajaan memerangi ancaman pertahanan dan keselamatan negara.

Selaras dengan pengalamannya dalam isu keselamatan, Zulkifeli menjadi pegawai tentera pertama yang dilantik ke jawatan yang baharu diwujudkan itu.

Lazimnya, MKN diketuai oleh seorang setiausaha dan dibantu oleh timbalan setiausaha yang terdiri daripada pegawai sivil.

Dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 14 Jun 1954, Zulkifeli menamatkan Latihan kadet di Akademi Tentera Sandhurst England pada tahun 1974 sebelum ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Rejimen Ke-2 Askar Melayu Diraja.

Zulkifeli menjadi Ketua Platun pada 9 Ogos 1974.

Beliau telah menjawat pelbagai jawatan di peringkat Batalion mulai daripada Ketua Platun hingga ke Pegawai Memerintah.

Selain itu beliau juga pernah menjawat jawatan juruarah di Maktab Turus Angkatan Tentera pada 1997.

Semasa berpangkat Kolonel, Zulkifeli diberi peranan sebagai Komandan Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada) dan Kolonel Bekalan di Markas Tentera Darat.

Seterusnya beliau dinaikkan pangkat ke Brigedier Jeneral pada tahun 2002.

Sebagai seorang pemimpin yang berkaliber, Zulkifeli dilantik sebagai Timbalan Panglima Tentera Darat pada 2 Jun 2008 sehingga 20 Mei 2010 dan seterusnya menerajui Tentera Darat Malaysia sebagai Panglima Tentera Darat mulai 21 Mei 2010 sehingga 14 Jun 2011.

Atas keyakinan yang tinggi terhadap kredibilitinya, Zulkifeli kemudiannya dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia yang ke-18 mulai 15 Jun 2011.

Difahamkan pelantikan Zulkifeli sebagai Ketua Pengarah MKN berkuat kuasa 15 Ogos lepas.

Tags / Kata Kunci: Zulkifeli Mohd Zin , Ketua Pengarah MKN , MKN , PAT

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan