Peraduan Jom Minta Resit GST Tingkatkan Tahap Kesedaran Pengguna

Diterbitkan: Khamis, 25 Ogos 2016 1:13 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Peraduan Jom Minta Resit Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dianjurkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya meningkatkan tahap kesedaran orang ramai tentang hak kepenggunaan.

Ia dibuktikan dengan peningkatan penyertaan kepada 25 peratus iaitu seramai 17,123 peserta membabitkan 195,690 resit GST berbanding peraduan siri satu yang berlangsung pada April hingga Mei lalu.

Timbalan Pengarah Kastam Terengganu (Ketua Bahagian GST), Radzi Muhammad berkata daripada jumlah itu, peserta dari Terengganu ialah seramai 242 orang melibatkan 2,431 resit iaitu 1.41 peratus daripada jumlah keseluruhan penyertaan. 

"Memang jumlah ini agak sedikit berbanding negeri lain namun kita sedar bahawa kempen kesedaran seperti ini mengambil sedikit masa dan ia akan terus diperhebatkan dari semasa ke semasa.

"Kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai resit pembelian dan urus niaga yang membabitkan GST namun tujuan asalnya ialah untuk mengingatkan peniaga agar sentiasa mematuhi peraturan berkaitan GST seperti yang telah ditetapkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada 72 pemenang peraduan itu di sini, Khamis.

Sementara itu, pemenang hadiah utama dari Terengganu, Mohd Alauddin Jusoh, 34, berkata beliau langsung tidak menyangka resit pembelian barang kemas bernilai RM6,000 yang dihadiahkan untuk isterinya berjaya memenangi hadiah cabutan bertuah iaitu sebuah telefon pintar Samsung Note 5.

"Saya dapat tahu tentang peraduan ini pun melalui kawan dan terus memuat turun aplikasi mudah alih MyResitGST melalui Playstore.

"Sebelum ini, memang saya tak cakna pun untuk simpan resit selepas membeli barang, namun sejak tahu ada peraduan yang dianjurkan JKDM ini, saya mula menyimpan resit pembelian dan cuba menyertai peraduan ini.

"Selepas ini, saya akan terus menjadi pengguna bijak yang tahu hak kepenggunaan dan akan menyebarkan sebanyak mungkin maklumat kepada orang lain pula," katanya yang berasal dari Besut.-- Bernama 


Tags / Kata Kunci: resit , GST

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan