Gaduh Angkara FB: "Saya Hamil Tapi Mereka Tetap Tolak Saya"

Diterbitkan: Khamis, 25 Ogos 2016 11:14 AM

Panjavarnam Perumal maut selepas dipukul dan dipijak ketika cuba meleraikan pergaduhan antara dua keluarga di Flat Jalan Kurau di sini malam Isnin. Foto Zhafaran Nasib

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pekerja kilang, A. Rajeswari kesal apabila ramai yang menunding jari kepadanya dan adik perempuan sebagai punca kematian bapa saudaranya dalam insiden pergaduhan sekumpulan remaja.

Bapa saudaranya, Panjavarnam Perumal, 56, maut akibat serangan jantung selepas cuba meleraikan pergaduhan antara rakan-rakan anak perempuannya berusia 15 tahun.

"Saya mengandung sembilan bulan dan bapa saudara saya bimbang tentang keadaan saya. Dia mengikut saya untuk berjumpa dengan sekumpulan anak muda yang datang ke rumah kami.

"Saya tidak menjangkakan perkara ini berlaku dan saya mahu mereka yang terlibat ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan," kata Rajeswari, 34, pada Rabu.

Dia menyifatkan Panjavarnam, seorang tukang cuci merupakan insan yang baik hati dan penyayang.

"Semasa dia bujang, dia melayan kami seperti anak perempuannya sendiri. Bila pergaduhan berlaku, bapa saudara saya menarik saya kerana saya mengandung.

"Bagaimanapun, kumpulan anak muda itu datang ke arah saya dan menolak saya, menyebabkan saya dan bapa saudara terjatuh," kata Rajeswari yang dijangka bersalin awal bulan depan.

Menurut Rajeswari, polis telah merekodkan keterangannya dan anak perempuan berhubung insiden yang berlaku kediaman mereka di tingkat bawah Flat Jalan Kurau di sini.

Panjavarnam tinggal di salah sebuah unit di tingkat satu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata, kes tersebut dianggap selesai selepas penahanan tiga wanita dan seorang pelajar lelaki berusia antara 15 hingga 23 tahun di lokasi kejadian.

"Kesemua suspek direman selama enam hari bagi membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Kejadian berpunca daripada pergaduhan di Facebook antara remaja perempuan berusia 15 tahun dan beberapa rakan.

Ia kemudiannya bertambah buruk apabila salah seorang daripada mereka datang bersama ahli keluarga lain untuk mencari remaja berkenaan pada Isnin.

Pergaduhan itu mengakibatkan kematian Panjavarnam. Dia didakwa diserang oleh sekumpulan anak muda yang bersenjatakan helmet pada kira-kira pukul 11 malam.

ACP Mior mengesahkan bahawa insiden berpunca apabila satu pihak menulis ayat-ayat yang menghina di Facebook, dan Panjavarnam cuba untuk meleraikan pergaduhan tetapi sebaliknya dipukul, ditendang dan dipijak.

Tags / Kata Kunci: Panjavarnam Perumal

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan