Fenomena 'Kendurian' Punca Raja Buah Dapat Permintaan Tinggi

Diterbitkan: Khamis, 25 Ogos 2016 3:44 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Fenomena kenduri durian atau 'kendurian' menjadi antara faktor penyumbang kepada permintaan yang tinggi terhadap raja buah itu di pasaran pada musim kali ini.

Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Datuk Ahmad Ishak berkata kebanyakan permintaan adalah daripada badan korporat, jabatan dan agensi kerajaan, syarikat swasta dan komuniti yang mengadakan program makan durian untuk kakitangan, pelanggan dan rakan mereka.

"Berikutan sambutan yang menggalakkan ini, FAMA menyasarkan untuk mempertingkatkan pengeluaran daripada 350,000 metrik tan kepada 400,000 metrik tan tahun depan bagi menampung permintaan berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kelab MyAgrosis Muamalat Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah dan Pasar Malam My Best Buy di sini. 

Katanya, antara usaha yang dilakukan untuk meningkatkan hasil berkenaan dengan cara membuat cantuman pokok-pokok dewasa yang boleh menghasilkan buah dalam tempoh yang singkat berbanding penanaman biasa yang mengambil masa lapan hingga 10 tahun.

Ahmad berkata permintaan yang tinggi itu juga turut disumbang melalui kemunculan beberapa produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang dihasilkan berasaskan durian.

Malah, katanya, terdapat hotel-hotel yang menyediakan hidangan durian untuk dinikmati oleh tetamu mereka walaupun durian sebelum ini antara buah yang dilarang keras dibawa masuk ke dalam kawasan atau bilik hotel.

Beliau berkata perkara itu dilihat sebagai satu fenomena yang baik yang secara langsung dapat mempromosi buah-buahan tempatan, serta meningkatkan pendapatan pengusaha berkaitan.

Menurutnya pasaran raja buah itu juga telah berkembang ke negara China yang menjadi negara pengimport utama sejak 2011.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Kendurian , Fama , Ahmad Ishak

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan