Dua Beradik Maut Digilis Treler Ketika Pulang Dari Sekolah

Diterbitkan: Khamis, 25 Ogos 2016 10:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Dua beradik maut selepas motosikal yang dinaiki mereka terlibat dengan kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 339,Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu berhadapan Sekolah Kebangsaan Al Jabar, Dong,dekat Raub, petang Khamis.

Penunggang Mohamed Zulfikri Mohd Zul, 16, dan adiknya Nurul Syakirah, 14, kedua-duanya pelajar SMK Dong, mati di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Mohd Noor YusofAli berkata, dalam kemalangan pada 2.30 petang itu, motosikal yang dinaiki dua beradik berkenaan dari arah Dong menghala ke Kota Bharu cuba memotong treler berkenaan dari arah sama, namun gagal.

"Ketika sedang melalui sebelah kiri treler itu, motosikal mangsa tiba-tiba hilang kawalan dan terjatuh ke kanan sebelum digilis tayar belakang treler itu menyebabkan kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian.

"Kemalangan itu berlaku ketika waktu puncak semasa pelajar sedang pulang dari sekolah dan menurut saksi kedua-dua kenderaan dalam keadaan perlahan kerana jalan sibuk dan ramai pelajar sedang berjalan kaki di bahu jalan," katanya kepada Bernama pada Khamis.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raub untuk bedah siasat dan pemandu treler muatan kayu itu telah dibawa ke Bahagian Narkotik IPD Raub untuk ujian air kencing.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Dua beradik digilis treler

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan